Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

Kaunter Promosi di Hospital USM

 

Untuk makluman YBhg. Dato'/Tuan/Puan, Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) menyediakan kaunter promosi kepada mana-mana syarikat/agensi yang berminat untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka. Kaunter Promosi Hospital USM terletak bersebelahan dengan Unit Hasil, Zon Hospital USM yang mana merupakan laluan utama staf Hospital USM dan pelawat yang hadir bagi urusan-urusan rasmi dan melawat pesakit serta berhampiran dengan pejabat -pejabat utama pentadbiran Hospital USM. Terdapat hanya satu(1) Kaunter Promosi pada setiap masa bagi mewujudkan suasana persekitaran yang selesa dan eksekutif apabila berurusan dengan pelanggan.

Sebagai makluman YBhg. Dato'/Tuan/Puan juga, Hospital USM kini mempunyai bilangan warga kerja seramai lebih kurang 3,000 orang staf yang terdiri daripada pelbagai kategori jawatan melibatkan Pengurusan & Profesional dan Sokongan, termasuk Pakar dan Pegawai Perubatan serta Jururawat.

Pihak Hospital USM mengenakan caj berpatutan bagi penggunaan kaunter tersebut.

Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan Kaunter Promosi ini, pihak YBhg. Dato'/Tuan/Puan, bolehlah menghubungi En. Farhan Wan Fauzi /Cik Zuhasirah di talian 097674052/4053

atau email:  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it./This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

Sekian, terima kasih.

 

 

gambar kaunter promosi

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 195