Medical Implant & Devices Unit (MIDU)
Medical Implant & Devices Unit [MIDU] di tubuhkan pada 1 Ogos 2017 dan merupakan cetusan idea asal oleh Pengarah Hospital USM Y. Bhg. Prof. Dato' Dr. Ahmad Sukari Halim serta dipertanggungjawabkan kepada Penyelaras Unit Pembangunan Korporat, Y. Bhg. Prof. Madya Dato' Dr. Ab. Rahman Izaini Ghani @Ab. Ghani.
MIDU mendapat sokongan padu daripada semua Pusat Tanggungjawab di Hospital USM yang mana menjalankan aktiviti jual/beli implan kepada pesakit dan telah mendapat kelulusan rasmi penubuhannya dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti ke-101 bil. 15/2017 pada 31 Mei 2017 di Bilik Persidangan Canselori, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Diantara objektif penubuhan MIDU adalah:
- Memantau aktiviti jual/beli alatan perubatan secara 'consignment' di Hospital USM agar selari dengan peraturan perolehan universiti dan amalan pengurusan kewangan yang berintegriti
- Meningkatkan penjanaan kewangan kepada Hospital USM tanpa melibatkan bajet universiti
- Meningkatkan kepuasan pelanggan
- Mengurangkan beban unit/jabatan daripada risiko pengurusan kewangan
- Mengoptimumkan penggunaan tenaga pekerja ke arah yang lebih berintegriti
- Menjana pendapatan universiti
Berkuatkuasa 1 September 2018, semua permohonan MIDU adalah melalui sistem online di laman sesawang http://midu.kk.usm.my
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan jual/beli implan [MIDU] bolehlah berhubung terus kepada staf berikut :
- En. Farhan Wan Fauzi emel :
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. sambungan : 09-7674052 atau; - Puan Ruhil Hayati Mohd Juhari emel :
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. sambungan : 09-7674053 - Cik Zuhasirah Mohd Zin emel :
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
- Created on .
- Last updated on .
- Hits: 1140