Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

Majlis Solat Hajat & Majlis Persaraan (Rahim bin Haron) serta Perpisahan Staf (Ruhani Abd Rahman)

31 Januari 2024, jam 11.30 Pagi

Bilik Melipat, Bangunan Perkhidmatan Dobi Hospital USM

Perkhidmatan Dobi sentiasa memulakan majlis setiap tahun dengan munajat kepada Allah s.w.t. melalui solat hajat yg. diimamkan oleh Ustaz Adli Rozak. Keberkatan dan kelapangan segala urusan antara intipati doa yang dititipkan ke hadrat Allah s.w.t.  Kehadiran Tn. Hj. Mohd Saberi Mohd Yusoff, para Pegawai dan staf Unit Pentadbiran & Kemudahan Am Hospital USM seramai kira-kira 30 orang turut sama menjayakan majlis ini.

Penganjuran majlis juga bersekali dengan upacara penghargaan kepada Encik Rahim Haron yang akan bersara pilihan pada akhir Februari 2024 setelah 9 tahun menabur bakti bersama perkhidmatan Dobi.

 

Dobi1Dobi2

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 18