Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

MAJLIS PELANCARAN BUKU PENGURUSAN PERKHIDMATAN DOBI HOSPITAL USM

Pada 05 Mac 2024, Pengarah Hospital USM, YBhg. Profesor Dato' Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman telah melancarkan Buku Pengurusan Perkhidmatan Dobi Hospital USM. Buku ini disediakan adalah bertujuan bagi rujukan dalaman di Perkhidmatan Dobi Hospital USM sahaja, bagi memberi panduan mudah dan praktikal kepada staf Hospital USM. Penerbitan Buku ini dapat memberikan pencerahan berkaitan Perkhidmatan Dobi Hospital USM dan seterusnya, semua bersama mendokong usaha meningkatkan lagi kualiti penyampaian perkhidmatan Hospital USM. 

Majlis Pelancaran Buku Pengurusan Perkhidmatan Dobi telah diadakan serentak dengan Majlis Perutusan Tahunan Pengarah Hospital USM. PD turut menyediakan perkhidmatan ‘booth’ di ruang legar Bangunan Pentadbiran Hospital USM.

Naskah ini merupakan julung kalinya diterbitkan oleh pihak Hospital USM sebagai satu langkah dalam memanjangkan medium penyampaian maklumat serta pendedahan kepada pihak yang berkaitan berkenaan tatacara dan prosedur dalam mengendalikan linen di hospital. Selain daripada itu juga, penerbitan buku ini juga sebagai inisiatif utama untuk menyahut cabaran dari Pengarah Hospital USM untuk menghasilkan satu buku rujukan sebagai panduan semua pihak yang terlibat.

Dobi1Dobi2Dobi3

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 25