Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

MAJLIS PERSARAAN STAF ‘Jasamu Dikenang, Budimu Disanjung’ – Encik Mazlan Mustafa

 

Tarikh & Masa : 03 Ogos 2023 (Khamis), jam 8.30 pm – 11.00 pm.

Tempat : Grand Ballroom, Level 1, Holiday Villa Hotel, Kota Bharu

Program dianjurkan bagi menghargai jasa bakti staf Perkhidmatan Dobi Hospital USM iaitu Encik Mazlan bin Mustafa,yang telah manaburkan jerit perih selama 39 tahun menguruskan basuhan linen pesakit Hospital USM. Beliau mula melaporkan diri untuk berkhidmat di Perkhidmatan Dobi Hospital USM pada 15 Ogos 1984.

Majlis dimulakan oleh Encik Azharuddin Abd. Aziz, Penolong Pendaftar Kanan Hospital USM yang menyampaikan ucapan penghargaan kepada En. Mazlan dan ianya turut diisi dengan sesi penyampaian cenderahati kenangan beserta sesi cabutan bertuah.  Seramai 36 orang staf Perkhidmatan Dobi, mantan Penyelaras Perkhidmatan Dobi dan teman seperjuangan En. Mazlan hadir menjayakan majlis ini.

Dobi 1Dobi 3

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 19