PENGENALAN UKJEH
SEJARAH PENUBUHAN
UKJEH mula ditubuhkan pada tahun 1985 dengan nama Unit Kawalan Infeksi. Ia bertempat di Makmal Mikrobiologi dan Parasitologi Perubatan, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) dengan seorang Pegawai Perubatan dan seorang Jururawat.
Pada tahun 1987 Unit Kawalan Infeksi mula beroperasi dengan penambahan seorang Ketua Jururawat. Pada 1 Ogos 1987 Komuniti Kawalang Jangkitan Penyakit di Hospital ditubuhkan.
Manakala pada 1 Mei 1999 lokasi Unit Kawalan Infeksi berpindah ke tingkat bawah pejabat 2M. Terdapat seorang Ketua Unit ditugaskan untuk mengendalikan Unit Kawalan Jangkitan yang merupakan pakar Mikrobiologi dan diselia oleh seorang Penyelia Jururawat.
Bermula tahun 2003 Unit Kawalan Infeksi telah diberi nama baharu iaitu Unit Kawalan Jangkitan & Epidemiologi Hospital (UKJEH). Terdapat penambahan seorang jururawat dan perlantikan seorang Pembantu Am Pejabat.
Pada tahun 2018, UKJEH diterajui oleh Timbalan Pengarah Klinikal, Ketua Unit, Penyelia Jururawat, dua (2) orang Ketua Jururawat (KJr), 8 orang Jururawat Kawalan Infeksi (ICN), seorang Juru Teknologi Makmal Perubatan (JTMP) dan Pembantu Operasi (PO).
- Created on .
- Last updated on .
- Hits: 573