Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

PENGENALAN PERKHIDMATAN PERGIGIAN

ppsg

Perkhidmatan Klinik Pergigian kami di Hospital Universiti Sains Malaysia bermula pada September 2000. Pada permulaan perkhidmatan, ia mempunyai 2 kerusi pergigian dan terletak berhampiran dengan Unit A&E Hospital USM, terutamanya untuk memberi perkhidmatan klinikal asas kepada kakitangan Kampus Kesihatan dan ahli keluarga mereka. Rawatan diberikan kepada hampir 20 pesakit setiap hari.

Disebabkan oleh aliran besar permintaan perkhidmatan dan bilangan pesakit, perkhidmatan telah dipindahkan ke bangunan baru pada Disember 2002 yang telah disempurnakan perasmiannya pada 22 Mac 2003 oleh YB Tan Sri Dato’ Seri Musa Mohamad iaitu Menteri Pendidikan Malaysia. Kami menawarkan rangkaian penuh perkhidmatan pergigian yang diberikan oleh Pakar Pergigian, Pegawai Pergigian, Pelajar Pergigian dan Jururawat Pergigian. Perkhidmatan ini disokong oleh Juruteknologi Pergigian, Pakar Radiologi, dan Pembantu Pembedahan Pergigian (DSA) dan Atendan Perubatan. Jumlah pesakit yang dilihat pada masa ini dianggarkan 90-200 pesakit setiap hari.

Dewan Bedah Maksilofasial (OT) memulakan operasinya pada 26 Disember 2007 dengan kes-kes dilakukan di bawah bius tempatan. Kini kes kompleks juga dijalankan di bawah bius am (GA) dan dihadiri oleh Pakar Bius Perubatan.

Klinik Pergigian Satelit telah ditubuhkan di kompleks IPPT (Institut Perubatan & Pergigian Termaju), Kampus Kesihatan yang mula beroperasi pada Ogos 2011. Klinik ini dilengkapi dengan 24 kerusi pergigian dan kini digunakan oleh pelajar pergigian Pascasiswazah untuk menjalankan sesi klinikal mereka.

 

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 318