Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

Penyelaras operasi

Dr. Wan Norlina Wan Azman new

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.
Selamat datang ke laman sesawang Pusat Makmal Diagnostik Hospital Universiti Sains Malaysia (USM).

Pusat Makmal Dignostik (CDL) merupakan makmal pertama di Hospital USM yang menggabungkan ujian-ujian rutin termasuk Patologi Kimia, Endokrin, Pemonitoran Drug Terapeutik dan Mikrobiologi ke dalam sistem ‘Total Laboratory Automation’ (TLA) dimana sistem ini diwujudkan untuk menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan dan mengurangkan turn around time serta mewujudkan persekitaran yang kondusif.

Pasukan profesional makmal kami yang terdiri daripada kumpulan Pakar Patologi, Pegawai Sains, Juruteknologi Makmal Perubatan dan staf sokongan yang sentiasa berdedikasi memastikan CDL sentiasa komited dalam memberi perkhidmatan analisis yang berkualiti, tepat dan cepat selaras dengan keperluan dan kehendak pelanggan.

Kami sentiasa menghargai pelanggan kami dan ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan yang berterusan.  Kami menjemput anda untuk meneroka laman sesawang ini untuk mengetahui info lebih lanjut mengenai perkhidmatan yang kami tawarkan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaaan atau memerlukan bantuan, sila hubungi kami di talian tertera.

Sekian, Terima Kasih.
Dr Wan Norlina Wan Azman
Pakar Patologi Kimia
Penyelaras Pusat Makmal Diagnostik Hospital USM
  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 9