Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

PENGENALAN

Pengenalan CDL

Pusat Makmal Diagnostik atau Central Diagnostic Laboratory (CDL) mula beroperasi di Hospital USM, Kampus Kesihatan Kubang Kerian pada 1 Jun 2023. CDL ini diwujudkan bagi mengintegrasikan ujian-ujian diagnostik yang ditawarkan oleh makmal-makmal di Hospital USM termasuk ujian-ujian di Makmal Patologi Kimia, Endokrin, Mikrobiologi (Serologi), Imunologi dan Pemonitoran Drug Terapeutik atau Therapeutic Drug Monitoring (TDM).

Selaras dengan objektif Hospital USM menjadi satu pusat pendidikan perubatan dan penjagaan kesihatan, makmal ini dilengkapkan dengan peralatan diagnostik automasi yang terkini.  Automasi makmal (TLA) digabungkan ke dalam sistem bersepadu dengan pengautomasian penuh pra-analisa, analisa dan pasca-analisa. Selain itu, Pusat Penerimaan Sampel akan menerima sampel dari klinik, wad dan juga dari luar hospital USM. Penghantaran sampel dari Pusat Penerimaan Sampel ke CDL adalah menggunakan tiub pneumatik.

Sejajar dengan penubuhan Hospital USM sebagai sebuah hospital pengajar, CDL akan menjadi pusat pengajaran dalam bidang kepakaran Patologi Kimia, Imunologi dan Mikrobiologi. Disamping itu juga, makmal ini juga akan digunakan oleh pelajar-pelajar Sains Perubatan, pelajar-pelajar Sains Kesihatan dan juga pelajar-pelajar latihan industri dalam bidang berkaitan dari seluruh IPTA dan juga IPTS.

Makmal ini juga akan menjadi pusat penyelidikan bagi bidang-bidang yang berkaitan makmal perubatan. Dibawah seliaan konsultan makmal yang berpengalaman dan dibantu oleh kakitangan yang kompeten diharap kewujudan makmal ini dapat memperkasakan Hospital USM sebagai pusat kecemerlangan di rantau ini.

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 50