LAWATAN KERJA JABATAN KESELAMATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) KE BAHAGIAN KESELAMATAN UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA (UTHM)
Pada 23/10/2024 Rombongan Jabatan Keselamatan Universiti Sains Malaysia (USM) di ketuai oleh Pengarah Jabatan Keselamatan USM, Tuan Mohammad Kasni Bin Ismail dan Pegawai bersama 20 Anggota Kampus Induk, 4 Anggota daripada Kampus Kesihatan USM, 4 Anggota daripada Kampus IPPT USM dan 4 Anggota daripada Kampus Kejuruteraan USM. Bertolak daripada USM Kampus Induk Pulau Pinang menuju ke Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) di Parit Raja, Batu Pahat Johor Darul Takzim.
Lawatan Jabatan Keselamatan Universiti Sains Malaysia (USM) disambut oleh Pengarah Bahagian Keselamatan UTHM, Kapt Muhammad Khair Bin Mahmood Dean TUDM (B), Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan UTHM, Tuan Fakhrul Annuar Bin Mohamed Shukri serta Pegawai dan Anggota Bahagian Keselamatan UTHM.
Program Bengkel Perbincangan lawatan bermula pada 24/10/2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 5 Bangunan Perpustakaan Tunku Tun Aminah.
Beberapa perkara dibincang dan perkongsian berkaitan dengan :
- Pengurusan Kenderaan Terbengkalai
- Pengurusan Berkaitan Lalulintas Jalan & Pakir
- Pengurusan Berkaitan Lojistik/ICT/Kunci
- Pengurusan Berkaitan Haiwan Berbisa
Rombongan dibawa melawat di sekitar Perpustakaan Tunku Tun Aminah dan Kawasan kampus UTHM.
Sebagai majlis penutup, bahagian Keselamatan UTHM menyerahkan Cenderahati kepada Pengarah Jabatan Keselamatan USM, Tuan Mohammad Kasni Bin Ismail. Dan penyerahan cenderamata kepada Pengarah Bahagian Keselamatan, Timbalan Bahagian Keselamatan serta Pegawai Bahagian Keselamatan UTHM.
Dalam lawatan ini kedua dua pihak dapat berkongsi pengalaman dan gerak kerja diantara Jabatan Keselamatan Universiti Sains Malaysia dan Bahagian Keselamatan Universiti Tun Hussien Onn. Disamping dapat mengeratkan silaturrahim.
- Created on .
- Last updated on .
- Hits: 76