KURSUS KAD HIJAU CIDB
KURSUS INDUKSI KESELAMATAN UNTUK PEKERJA BINAAN. ( KAD HIJAU CIDB )
CIDB Malaysia atau nama sebenarnya ialah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM). Merupakan satu badan kerajaan di bawah Kementerian Kerja Raya. Ditubuhkan untuk memikul tanggungjawab menyelia dan membangun industri binaan di Malaysia. CIDB juga berfungsi untuk menguruskan aduan atau laporan yang dibuat berkenaan dengan apa-apa kegagalan kerja pembinaan atau kerja pembinaan yang telah siap menyentuh keselamatan awam dan mengambil tindakan yang sesuai untuk menanganinya. Semua syarikat atau individu yang terlibat dengan projek binaan perlulah berdaftar terlebih dahulu dengan CIDB. Supaya tuntutan dapat dibuat sekiranya berlaku apa-apa kemalangan semasa menjalankan kerja pembinaan di Malaysia. Pada 5/6/2024 Pihak Jabatan Keselamatan telah mengadakan kursus Kad Hijau CIDB Siri 1. Kursus ini dijalankan selama 1 hari, bermula jam 8:30 pagi sehingga 4:30 petang. Bertempat di Bilik Tutorial A, PPSP USM Kampus Kesihatan. Ts. Rohazak Bin Yaacob daripada ROA Infinity Consultant sebagai pelatih/penceramah dan telah dirasmikan oleh Timbalan Pendaftar Kanan Encik Mohd Saberi Bin Mohd Yusoff. Tujuan kursus ini diadakan adalah sebagai pendaftaran anggota Jabatan Keselamatan USM dan akreditasi, untuk meningkatkan tahap keselamatan di tapak kerja pembinaan. sebagai langkah semasa anggota menjalankan rondaan dan pemantauan di tapak projek pembinaan yang di jalankan di dalam USM Kampus Kesihatan Kubang Kerian Kelantan. Di dalam kursus ini, anggota di beri pendedahan tentang kepentingan tempat kerja yang selamat dan sihat. Memberi pengetahuan asas mengenai keselamatan dan kesihatan di tapak pembinaan. Dan keperluan berkaitan undang-undang, berhubung dengan keselamatan dan kesihatan.
- Created on .
- Last updated on .
- Hits: 46