Bengkel Farmasi Non Formulari Hospital USM
Unit Pembangunan Korporat telah menganjurkan Bengkel Farmasi Non Formulari pada 14 Februari 2019 bertempat di Dewan Persidangan Kampus, Kampus Kesihatan. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi penerangan dengan lebih lanjut berkenaan Farmasi Non Formulari seperti pelaksanaan proses dispenseri ubat Non Formulari, tatacara proses pembelian serta demonstrasi sistem oleh pihak PPKT. Bengkel ini dihadiri seramai 70 orang peserta yang terdiri daripada wakil setiap Jabatan di Kampus Kesihatan.
- Created on .
- Last updated on .
- Hits: 105