Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

Majlis Perasmian Pembukaan Tropika Coffee, Hospital Pakar USM

Majlis Perasmian Pembukaan Tropika Coffee telah disempurnakan dengan jayanya oleh YBhg. Dato’ Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman selaku Pengarah Hospital Pakar USM pada 29 Disember 2024. Turut hadir pada majlis tersebut Pengurus Tropika Coffee, Dr. Muhammad Mahir Che Hassan, dan barisan Pengurusan Hospital Pakar USM.

 

tropika coffee 2

 

tropika coffee 1

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 7

Program Pembinaan Pasukan Unit Pembangunan Korporat

Program Pembinaan Pasukan Unit Pembangunan Korporat telah berlangsung dengan jayanya dari 31 Oktober hingga 02 November 2024, bertempat di Bukit Merah Laketown Resort, Perak. Objektif utama program ini adalah untuk memperkukuh kemantapan kendiri, meningkatkan motivasi, serta memupuk semangat kerja berpasukan. Melalui penghayatan nilai-nilai dan prinsip kerja berpasukan yang diterapkan, program ini juga bertujuan untuk mengukuhkan penerapan nilai-nilai korporat, yang akan menjadi asas yang kukuh dalam mencapai matlamat, visi, dan misi organisasi dengan lebih berkesan dan cemerlang.

team building 1

 

team building 2                                                              

team building 4

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 5

Majlis Kunjungan Mesra Yayasan UEM Sempena Program "Yayasan UEM Medical Assistance 2024"

Hospital USM berbesar hati menerima Kunjungan Mesra daripada Yayasan UEM bersempena Program Yayasan UEM Medical Assistance Bersama Hospital USM. Majlis sempena program ini telah berlangsung dengan jayanya pada 27 Julai 2024. Turut hadir pada majlis ini YBhg. Dato’ Prof. Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman Pengarah Hospital USM, YBhg. Dato' Noorazman Abdul Aziz Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan UEM dan Pengarah Urusan UEM Group Berhad, Dato' Mohd Izani Ghani serta barisan Pengurusan Tertinggi Hospital USM dan Yayasan UEM.

Pada majlis tersebut, penerima sumbangan terpilih turut menerima sumbangan daripada pihak Yayasan UEM. Semoga dengan sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban penerima dan diharapkan sumbangan berterusan daripada pihak Yayasan UEM akan diteruskan pada masa hadapan.

yuem 1

 

yuem

 

 

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 6

Majlis Penyerahan Sumbangan Yayasan UEM Di Mercu UEM

Hospital USM telah menerima sumbangan daripada pihak Yayasan UEM sebanyak RM500,000 dalam satu majlis penyerahan replika cek yang telah berlangsung pada 18 April 2024 di Mercu UEM, KL Sentral Kuala Lumpur.   Majlis penyerahan tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Haji Mohd Izani Ghani Pengarah Urusan UEM Group Berhad merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan UEM kepada YBhg. Dato' Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman Pengarah Hospital USM. Turut hadir pada majlis tersebut YBhg. Profesor Dato’ Dr. Ab Rahman Izaini Ghani @ Ab Ghani Penyelaras Unit Pembangunan Korporat, YBrs. Tn.Hj Mohd Saberi Mohd Yusoff Timbalan Pendaftar Kanan Hospital USM, En. Shamsul Amri Sallehuddin, Ketua Unit Kerja Sosial Perubatan dan En. Wan Fadhlullah Farhan Wan Fauzi, Penolong Pendaftar Unit Pembangunan Korporat Hospital USM.

majlis penyerahan yuem 1

majlis penyerahan yuem 2

 

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 7

Lawatan Sekolah Tinggi Ilmu Kesihatan As Syifa Kisaran

Pihak Hospital USM telah menerima kunjungan dari Sekolah Tinggi Ilmu Kesihatan (STIKes) As Asyifa-Kisaran, Indonesia ke Hospital USM pada 30 Januari 2024. Lawatan ini bertujuan untuk mengadakan perbincangan lanjut berkenaan latihan klinikal perbidanan di Hospital USM. 

lawatan indonesia 1 

lawatan indonesia 2.1

 

 

 

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 6