Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

Majlis Kunjungan Mesra Yayasan UEM Sempena Program "Yayasan UEM Medical Assistance 2024"

Hospital USM berbesar hati menerima Kunjungan Mesra daripada Yayasan UEM bersempena Program Yayasan UEM Medical Assistance Bersama Hospital USM. Majlis sempena program ini telah berlangsung dengan jayanya pada 27 Julai 2024. Turut hadir pada majlis ini YBhg. Dato’ Prof. Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman Pengarah Hospital USM, YBhg. Dato' Noorazman Abdul Aziz Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan UEM dan Pengarah Urusan UEM Group Berhad, Dato' Mohd Izani Ghani serta barisan Pengurusan Tertinggi Hospital USM dan Yayasan UEM.

Pada majlis tersebut, penerima sumbangan terpilih turut menerima sumbangan daripada pihak Yayasan UEM. Semoga dengan sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban penerima dan diharapkan sumbangan berterusan daripada pihak Yayasan UEM akan diteruskan pada masa hadapan.

yuem 1

 

yuem

 

 

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 7