Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

Majlis Penyerahan Sumbangan Yayasan UEM Di Mercu UEM

Hospital USM telah menerima sumbangan daripada pihak Yayasan UEM sebanyak RM500,000 dalam satu majlis penyerahan replika cek yang telah berlangsung pada 18 April 2024 di Mercu UEM, KL Sentral Kuala Lumpur.   Majlis penyerahan tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Haji Mohd Izani Ghani Pengarah Urusan UEM Group Berhad merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan UEM kepada YBhg. Dato' Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman Pengarah Hospital USM. Turut hadir pada majlis tersebut YBhg. Profesor Dato’ Dr. Ab Rahman Izaini Ghani @ Ab Ghani Penyelaras Unit Pembangunan Korporat, YBrs. Tn.Hj Mohd Saberi Mohd Yusoff Timbalan Pendaftar Kanan Hospital USM, En. Shamsul Amri Sallehuddin, Ketua Unit Kerja Sosial Perubatan dan En. Wan Fadhlullah Farhan Wan Fauzi, Penolong Pendaftar Unit Pembangunan Korporat Hospital USM.

majlis penyerahan yuem 1

majlis penyerahan yuem 2

 

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 7