Unit Pembangunan Korporat Hospital USM telah menganjurkan Program CME Talk sempena Sambutan 40 Tahun Hospital USM pada 20 November 2023. CME Talk tersebut telah disampaikan oleh para pakar perubatan Hospital USM dalam pelbagai disiplin.
Penceramah yang dijemput adalah Prof. Dato’ Dr. Ab Rahman Izaini Ghani @ Ab Ghani, Prof. Dr. Mohtar Ibrahim, Prof. Dr. Wan Azman Wan Sulaiman, Prof. Madya Dr. Khairil Amir Sayuti dan Dr. Wan Mohd Aiman Wan Ab Rahman.

Survei Dalaman Penarafan Organisasi Hospital USM Siri 2/2023 telah dijalankan di Unit Pembangunan Korporat Hospital USM pada 22 Oktober 2023 oleh En. Mohd Lela Bin Hassan.
Unit Pembangunan Korporat Hospital USM dengan kerjasama Unit Kerja Sosial Perubatan Hospital USM telah menganjurkan Larian Amal sempena Sambutan 40 Tahun Hospital USM pada 14 Oktober 2023. Sebahagian hasil daripada kutipan larian tersebut akan disalurkan ke Tabung Kebajikan Pesakit Hospital USM yang mana akan dimanfaatkan bagi membantu pesakit yang kurang berkemampuan dalam mendapatkan rawatan terbaik di Hospital USM.
Turut hadir memeriahkan program tersebut adalah Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin; Pengarah Hospital USM, Dato’ Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman; Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Profesor Dr. Wan Rosli Wan Ishak; Pengarah, Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (INFORMM), Profesor Madya Dr. Aziah Ismail; Timbalan Pengarah (Klinikal) Hospital USM, Profesor Dr. Zaidi Zakaria; Timbalan Pengarah (Operasi) Hospital USM, Profesor Dr. Mohd Imran Yusof; Timbalan Pengarah (Infrastruktur dan Aset) Hospital USM, Dr. Mohamed Ashraf Mohamed Daud dan Penyelaras Unit Pembangunan Korporat merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Larian Amal Sempena Sambutan 40 Tahun Hospital USM, Profesor Dato' Dr. Ab Rahman Izaini Ghani@ Ab Ghani.