Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

Larian Amal Sempena Sambutan 40 Tahun Hospital USM

Unit Pembangunan Korporat Hospital USM dengan kerjasama Unit Kerja Sosial Perubatan Hospital USM telah menganjurkan Larian Amal sempena Sambutan 40 Tahun Hospital USM pada 14 Oktober 2023.  Sebahagian hasil daripada kutipan larian tersebut akan disalurkan ke Tabung Kebajikan Pesakit Hospital USM yang mana akan dimanfaatkan bagi membantu pesakit yang kurang berkemampuan dalam mendapatkan rawatan terbaik di Hospital USM.

Turut hadir memeriahkan program tersebut adalah Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin; Pengarah Hospital USM, Dato’ Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman; Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Profesor Dr. Wan Rosli Wan Ishak; Pengarah, Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (INFORMM), Profesor Madya Dr. Aziah Ismail; Timbalan Pengarah (Klinikal) Hospital USM, Profesor Dr. Zaidi Zakaria; Timbalan Pengarah (Operasi) Hospital USM, Profesor Dr. Mohd Imran Yusof; Timbalan Pengarah (Infrastruktur dan Aset) Hospital USM, Dr. Mohamed Ashraf Mohamed Daud dan Penyelaras Unit Pembangunan Korporat merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Larian Amal Sempena Sambutan 40 Tahun Hospital USM, Profesor Dato' Dr. Ab Rahman Izaini Ghani@ Ab Ghani.

 

edit larian 1

larian 3   edit larian 2

 

 

 

 

 

 

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 46