Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

Majlis Perasmian Perkhidmatan Laser Refraktif & Optometri Hospital USM

Majlis Perasmian Perkhidmatan Laser Refraktif & Optometri Hospital USM telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Faisal Rafiq Bin Mahamd Adikan, Naib Canselor USM. Majlis ini telah diadakan pada 19 September 2022 bertempat di Klinik Perkhidmatan Laser Refraktif & Optometri Hospital USM.

Perkhidmatan Laser Refraktif adalah satu kaedah merawat masalah rabun dengan menggunakan laser excimer, manakala Perkhidmatan Optometri pula merupakan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pesakit yang mempunyai masalah penglihatan bagi semua peringkat umur serta menentukan rawatan yang sesuai untuk merawat masalah penglihatan sama ada cermin mata atau kanta lekap.

Perkhidmatan ini telah mula beroperasi pada Jun 2022. 

perasmian laser 3

 

laser website 1

 

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 177