Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

Majlis Lawatan Yayasan UEM ke Hospital USM

Hospital USM telah menerima lawatan daripada pihak Yayasan UEM pada 18 Oktober 2022.

Pihak Hospital USM amat berbesar hati dengan sumbangan berterusan daripada pihak Yayasan UEM bermula dari tahun 2019 hingga kini. Sumbangan yang disalurkan telah membantu meringankan beban pesakit Hospital USM yang kurang berkemampuan khususnya di samping pelbagai bantuan lain sepanjang pandemik Covid-19 seperti peralatan PPE, Kit RTK-Antigen untuk pengesanan Covid-19 serta sumbangan makanan kepada pasukan barisan hadapan yang bertugas.

Sumbangan turut disampaikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Izaini Bin Ghani, Pengarah Urusan, UEM Group Berhad merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan UEM kepada waris pesakit yang terpilih pada sesi lawatan tersebut.

Turut hadir pada sesi lawatan tersebut Pengarah Hospital USM, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman, Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan, YBrs. Prof. Shaharum Shamsuddin, Direktor Komunikasi UEM Group Berhad merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan UEM YBrs. Pn. Aishah Nor, Penyelaras Unit Pembangunan Korporat Hospital USM, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ab Rahman Izaini Ghani, Timbalan-timbalan Pengarah Hospital USM dan Ketua-ketua Jabatan.

YUEM 13

YUEM 12

 

 

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 103