Sesi Lawatan Kerja oleh Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) ke Hospital USM
Hospital USM telah menerima kunjungan lawatan kerja daripada wakil Pengurusan Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) pada 13 April 2022 . Sesi lawatan tersebut diketuai oleh YBrs. Prof. Dr. Helen Benedict selaku Pengarah Hospital Universiti Malaysia Sabah, diikuti YBrs. Dr. Nicholas Pang Tze Ping, Timbalan Pengarah Klinikal, YBrs. Encik Samsuidin Nurdin, Timbalan Pengarah Pengurusan & Operasi, YBrs. Puan Saima Ismail, Timbalan Pengarah Kewangan dan YBrs. Cik Sarimah Yamin, Penolong Bendahari.
Turut hadir pada sesi tersebut YBhg. Prof. Dato’ Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman, Pengarah Hospital USM, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ahmad Sukari Halim, Pengarah Eksekutif Ketua Kumpulan Perubatan USAINS, USAINS Tech Services Sdn. Bhd, YBrs. Dr. Mohamed Ashraf Mohamed Daud, Timbalan Pengarah Infrastruktur & Aset serta YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ab Rahman Izaini Ghani@ Ab Ghani, Penyelaras Unit Pembangunan Korporat Hospital USM.
Sesi lawatan ini bertujuan untuk melihat dari aspek pengurusan private wing dan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan di Hospital USM.
Semoga dengan perkongsian maklumat dan penerangan yang diberikan menerusi lawatan tersebut dapat memberikan manfaat berguna kepada pihak Hospital Universiti Malaysia Sabah.
- Created on .
- Last updated on .
- Hits: 156