Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

Townhall Aktiviti Penjanaan Di Bawah Unit Pembangunan Korporat Hospital USM

Unit Pembangunan Korporat Hospital USM telah menganjurkan Townhall Aktiviti Penjanaan Di bawah Unit Pembangunan Korporat Hospital USM pada 22 Februari 2022 secara atas talian dengan menggunakan platform webex. Taklimat ini diberikan oleh YBhg. Profesor Dato’ Dr. Ab Rahman Izaini Ghani @ Ab Ghani selaku Penyelaras Unit Pembangunan Korporat, Hospital USM.

Townhall ini diadakan bagi berkongsi dengan warga Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan khususnya dan Hospital USM secara amnya mengenai perkembangan semasa dan perancangan aktiviti penjanaan yang sedang dan akan dilaksanakan oleh Unit Pembangunan Korporat. Di samping itu, ianya juga diharap dapat memberi pendedahan kepada staf dan peluang untuk staf/Jabatan berkongsi idea dan pandangan berkenaan aktiviti yang mungkin dapat diketengahkan untuk penjanaan kepada Universiti.

Townhall aktiviti penjanaan 22 Feb 2022

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 115