Majlis Perasmian Ruangan Terapeutik Kanak-kanak Hospital USM
Majlis Perasmian Ruangan Terapeutik Kanak-Kanak Hospital USM telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab.Rahman selaku Pengarah Hospital USM pada 12 Januari 2022 bertempat di Ruangan Terapeutik Kanak-kanak (Wad 2 Selatan) dan dihadiri oleh wakil Pengurusan Hospital USM.
Penyediaan ruang ini diharapkan dapat memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran kepada pesakit kanak-kanak yang sedang menjalani rawatan di semua wad Hospital Universiti Sains Malaysia (USM). Ruangan ini turut dilengkapi dengan peralatan permainan dan buku bacaan yang diyakini dapat memberikan pelbagai manfaat kepada pesakit kanak-kanak.
- Created on .
- Last updated on .
- Hits: 100