Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

Majlis Perasmian Perkhidmatan MRI 1.5T Hospital USM

Majlis Perasmian Perkhidmatan MRI 1.5T Hospital USM telah dirasmikan dengan jayanya oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Faisal Rafiq Bin Mahamd Adikan, Naib Canselor USM. Majlis ini telah diadakan pada 30 Disember 2021 bertempat di Jabatan Radiologi Hospital USM.
Perkhidmatan imbasan MRI terbaru ini menggunakan Mesin MRI 1.5 Tesla MAGNETOM AMIRA dengan teknologi Biomatriks termaju pada masa kini. Mesin MRI ini merupakan gabungan teknologi MRI dan Artificial Intelligence yang pertama di Malaysia dan melalui mesin berteknologi tinggi ini dapat menghasilkan kualiti imbasan imej yang lebih jelas dan konsisten dalam masa yang lebih singkat.
Perkhidmatan MRI terbaru ini memulakan operasi pada Januari 2022.

 

perasmian mri 2

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 60

Sesi Penyerahan Sumbangan 'Nasal Swab Kit' Covid-19 oleh Bank Islam Malaysia Berhad Cawangan Negeri Kelantan

Hospital USM telah menerima sumbangan ‘Nasal Swab Kit’ Covid-19 daripada pihak Bank Islam Malaysia Berhad Cawangan Negeri Kelantan sebanyak 300 unit. Sesi penyerahan kit tersebut telah diadakan pada 14 November 2021.

Sumbangan tersebut diserahkan oleh Pengurus Konsumer BIMB Negeri Kelantan, Pn. Nurol Ain Abg Latip kepada Timbalan Pengarah Klinikal, Profesor Madya Dr. Zaidi Zakaria untuk kegunaan Hospital USM.

Turut hadir Pengurus Deposit BIMB Negeri Kelantan, Pn. Wan Rusmayaty; Pengurus Cawangan BIMB Kubang Kerian, En. Sulaima Mohd Zin; Penyelaras Unit Pembangunan Korporat, Profesor Dato' Dr. Ab Rahman Izaini Ghani dan Penyelaras Strategik Penjanaan Pendapatan Hospital USM, Dr. Mohamad Ibariyah Iberahim.

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 80

Majlis Penyerahan Sumbangan Mesin Bantuan Pernafasan

Hospital USM telah menerima sumbangan berupa dua (2) unit mesin bantuan pernafasan “Ventilator” berjumlah RM129 ribu daripada Pejabat Menteri Besar Kelantan. Majlis Penyerahan sumbangan tersebut telah diadakan pada 21 Oktober 2021.

Penyerahan ventilator tersebut telah disampaikan oleh Pengarah Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan, YB Ahmad Fathan Mahmood kepada Pengarah Hospital USM, Profesor Dato’Dr. Ahmad Sukari Halim.

Mesin bantuan pernafasan tersebut akan digunakan untuk perawatan kes-kes pesakit Covid-19 di Hospital USM.

 

penyerahan sumbangan mesin bantuan pernafasan

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 109

Sumbangan Kits RTK-AG Daripada Yayasan UEM

 

Hospital USM telah menerima sumbangan Kits RTK-AG bernilai RM30,000 daripada pihak Yayasan UEM pada 1 Ogos 2021. Sumbangan kit tersebut akan digunakan untuk ujian kepada peneman pesakit bagi kategori B40 Hospital USM yang berkelayakan.

Sumbangan tersebut juga bertujuan membantu meringankan beban peneman pesakit daripada kategori B40 dan kurang berkemampuan yang terkesan dengan pandemik COVID-19 bagi melaksanakan ujian saringan RTK-Ag sebagaimana yang ditetapkan sebelum dibenarkan menjadi peneman pesakit di dalam wad.

Melalui sumbangan ini dapat membantu mengurangkan penularan jangkitan virus COVID-19 dalam fasiliti perawatan pesakit.

 

sumbangan kit yuem

 

 

 

 

 

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 93

Lawatan daripada wakil Australian Army

Pihak Hospital USM telah menerima lawatan daripada Dr John Thurgood dan Dr Michelle iaitu wakil Australian Army pada 25 Ogos 2021. Lawatan ini bertujuan untuk perbincangan kerjasama bagi kemudahan rawatan kesihatan sepanjang latihan bersama Malaysian 5th Royal Rangers Regiment yang akan diadakan di Kem Desa Pahlawan Kota Bharu menjelang September 2021.

lawatan wakil australian army

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 81