Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

Majlis Penyerahan Sumbangan Projek Prihatin Pesakit 2020: Kerjasama Hospital USM & Yayasan UEM

Hospital USM telah menerima sumbangan zakat daripada Yayasan UEM sebanyak RM30,000 untuk disalurkan kepada 150 orang pesakit asnaf di Hospital USM melalui Projek Prihatin Pesakit 2020: Kerjasama Hospital USM dan Yayasan UEM. Sumbangan zakat tersebut diagihkan dalam bentuk wang tunai serta barangan keperluan harian. Diharapkan dengan sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban kos sara hidup akibat terkesan dengan pandemik Covid-19. 

Majlis penyerahan bantuan tersebut telah diadakan pada 27 Disember 2020 dan berikutan situasi semasa pandemik Covid-19, Hospital USM hanya menjemput sepuluh orang penerima sahaja manakala selebihnya akan menerima sumbangan secara berjadual bermula 29 hingga 31 Disember ini. 

Sumbangan disampaikan oleh YBrs. Dr. Nik Min Ahmad selaku Timbalan Pengarah(Klinikal) Hospital USM dan YBhg. Prof. Dato' Dr. Ab Rahman Izaini Ghani @ Ab Ghani, Penyelaras Unit Pembangunan Korporat. Turut hadir pada majlis tersebut En. Mohamad Sharai Ibrahim, Ketua Unit Kebajikan Perubatan. 

penyerahan yuem 2020

yuem 2020 1

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 87

Majlis Perasmian Perkhidmatan Rehabilitasi Robotik Hospital USM

Majlis Perasmian Perkhidmatan Rehabilitasi Robotik, Hospital USM telah dirasmikan oleh Naib Canselor USM, Profesor Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan pada 28 September 2020 bertempat di Auditorium Blok Pentadbiran Hospital USM. 

Majlis perasmian tersebut turut dihadiri oleh Ketua Eksekutif PERKESO, Dato'Sri Dr. Mohammed Azman Dato' Aziz Mohamed, Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Prof. Dato' Dr. Ahmad Sukari Halim, Penyelaras, Unit Pembangunan Korporat Hospital USM, Prof. Dato' Dr. Ab Rahman Izaini Ghani @ Ab Ghani, Penasihat Projek Perkhidmatan Rehabilitasi Robotik Hospital USM merangkap Pengerusi Bersama Kluster OKU USM, Prof. Dr. Shaharum Shamsuddin serta pegawai-pegawai utama Universiti dan delegasi PERKESO.

Operasi perkhidmatan ini telah bermula pada 8 September 2020 dengan permulaan pesakit seramai 14 hingga 18 orang pesakit. Hospital USM sangat berbesar hati menjadi rakan kolaborasi PERKESO dalam mengembangkan rawatan sebegini kerana ianya mempercepatkan rehabilitasi pesakit dan membuka peluang kepada mereka untuk kembali bekerja.

Terdapat tiga jenis rawatan yang ditawarkan melalui rehabilitasi robotik ini iaitu 'lower limb' rawatan yang memfokuskan kepada pergerakan kaki, 'lumbar' rawatan untuk kekuatan pinggang fan belakang serta 'single joint' bagi mengembalikan kemampuan menggerakkan tangan pesakit. 

perasmian robotik 2

perasmian robotik 3

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 87

Majlis Penyerahan Replika Cek Bagi Projek CSR Syarikat Grass2Route Sdn.Bhd/Edotco Group Sdn. Bhd kepada Hospital USM

Majlis Penyerahan Replika Cek bagi Projek Usahasama Tanggungjawab Sosial Korporat( CSR )Syarikat Grass2Route Sdn.Bhd/Edotco Group Sdn.Bhd kepada Hospital USM telah diadakan pada 6 Ogos 2020 bertempat di Dewan Persidangan Kampus, USM Kampus Kesihatan.

Majlis Penyerahan ini telah dihadiri oleh Pengurusan Hospital USM, Pengurusan Syarikat Grass2Route Sdn.Bhd/Edotco Group Sdn.Bhd dan Ketua Jabatan Hospital USM

Pihak Syarikat Grass2Route Sdn.Bhd/Edotco Group Sdn.Bhd telah berbesar hati memberikan sumbangan sebanyak RM20,000.00 yang mana akan digunakan untuk projek menaiktaraf ruangan terapeutik kanak-kanak bagi kegunaan pesakit dan pelawat di Wad 2 Selatan Hospital USM.

penyerahan cek grassroute

grass2route

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 89