Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

Majlis Perasmian Perkhidmatan Rehabilitasi Robotik Hospital USM

Majlis Perasmian Perkhidmatan Rehabilitasi Robotik, Hospital USM telah dirasmikan oleh Naib Canselor USM, Profesor Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan pada 28 September 2020 bertempat di Auditorium Blok Pentadbiran Hospital USM. 

Majlis perasmian tersebut turut dihadiri oleh Ketua Eksekutif PERKESO, Dato'Sri Dr. Mohammed Azman Dato' Aziz Mohamed, Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Prof. Dato' Dr. Ahmad Sukari Halim, Penyelaras, Unit Pembangunan Korporat Hospital USM, Prof. Dato' Dr. Ab Rahman Izaini Ghani @ Ab Ghani, Penasihat Projek Perkhidmatan Rehabilitasi Robotik Hospital USM merangkap Pengerusi Bersama Kluster OKU USM, Prof. Dr. Shaharum Shamsuddin serta pegawai-pegawai utama Universiti dan delegasi PERKESO.

Operasi perkhidmatan ini telah bermula pada 8 September 2020 dengan permulaan pesakit seramai 14 hingga 18 orang pesakit. Hospital USM sangat berbesar hati menjadi rakan kolaborasi PERKESO dalam mengembangkan rawatan sebegini kerana ianya mempercepatkan rehabilitasi pesakit dan membuka peluang kepada mereka untuk kembali bekerja.

Terdapat tiga jenis rawatan yang ditawarkan melalui rehabilitasi robotik ini iaitu 'lower limb' rawatan yang memfokuskan kepada pergerakan kaki, 'lumbar' rawatan untuk kekuatan pinggang fan belakang serta 'single joint' bagi mengembalikan kemampuan menggerakkan tangan pesakit. 

perasmian robotik 2

perasmian robotik 3

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 87