Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

Pelajar Latihan Klinikal dari Artevelde University College

 

Unit Pembangunan Korporat telah menerima dua (2) orang pelajar, Ms. Tine Vannerem & Ms. Steffi Lootvoet dari Artevelde University College bagi menjalani Latihan Klinikal di Hospital USM.

Pelajar tersebut telah menjalani latihan klinikal selama 4 minggu.

attachment student for website 1

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 64

Majlis Perasmian Kiosk Hot & Roll Hospital USM

Majlis Perasmian Pembukaan Kiosk Hot & Roll Hospital USM telah diadakan pada  7 November 2019. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dato'Dr Ahmad Sukari Halim selaku Pengarah Hospital USM dan Pengarah Kampus, USM Kampus Kesihatan  bersama CEO Hot & Roll. 

Lokasi Kiosk Hot & Roll Hospital USM terletak di hadapan Koperasi Coopmart, Hospital USM. 

 

perasmian hot roll 2

 

 

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 113

Majlis Penyerahan Replika Cek & Sumbangan Komputer Kepada Hospital USM oleh Yayasan UEM

Satu Majlis Penyerahan Replika Cek & Sumbangan Komputer kepada Hospital USM oleh Yayasan UEM  telah diadakan pada 29 Oktober 2019 bertempat di Dewan Persidangan Kampus dan Sekolah Dalam Hospital USM. Pihak Yayasan UEM berbesar hati untuk memberikan sumbangan sebanyak RM180,000  kepada Hospital USM dan sepuluh (10) buah komputer kepada Sekolah Dalam Hospital USM. 

Sumbangan yang diberikan ini akan digunakan untuk membantu pesakit fakir/miskin/al-gharimin dalam golongan B40 manakala sumbangan komputer akan digunakan di Sekolah Dalam Hospital demi menambahbaik kepada sistem pengajaran dan pembelajaran untuk para pesakit di Hospital USM. 

Majlis Penyerahan ini dihadiri oleh pihak Pengurusan USM, Kampus Kesihatan, Pengurusan Yayasan UEM dan Ketua-Ketua Jabatan Hospital USM . 

mock check 1

komputer 1

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 64

Majlis Perasmian Farmasi Non Formulari Hospital USM

Satu Majlis Perasmian Farmasi Non Formulari Hospital USM telah diadakan pada 13 Januari 2019. Penubuhan Farmasi ini telah dirasmikan oleh YBhg. Profesor Dato'Dr Ahmad Sukari Halim selaku Pengarah Hospital USM & Pengarah Kampus USM Kampus Kesihatan.

perasmian NF 2019

 

farmasi NF

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 102