Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

Majlis Penyerahan Replika Cek & Sumbangan Komputer Kepada Hospital USM oleh Yayasan UEM

Satu Majlis Penyerahan Replika Cek & Sumbangan Komputer kepada Hospital USM oleh Yayasan UEM  telah diadakan pada 29 Oktober 2019 bertempat di Dewan Persidangan Kampus dan Sekolah Dalam Hospital USM. Pihak Yayasan UEM berbesar hati untuk memberikan sumbangan sebanyak RM180,000  kepada Hospital USM dan sepuluh (10) buah komputer kepada Sekolah Dalam Hospital USM. 

Sumbangan yang diberikan ini akan digunakan untuk membantu pesakit fakir/miskin/al-gharimin dalam golongan B40 manakala sumbangan komputer akan digunakan di Sekolah Dalam Hospital demi menambahbaik kepada sistem pengajaran dan pembelajaran untuk para pesakit di Hospital USM. 

Majlis Penyerahan ini dihadiri oleh pihak Pengurusan USM, Kampus Kesihatan, Pengurusan Yayasan UEM dan Ketua-Ketua Jabatan Hospital USM . 

mock check 1

komputer 1

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 64