Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

WEBINAR ANTIMICROBIAL AWARENESS (WORLD ANTIBIOTIC AWARENESS WEEK) "STEWARDS TO THE FUTURE: STOP OVERUSE AND MISUSE OF ANTIMICROBIALS"

14 Februari 2022, Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana Webinar Antimicrobial Awareness ini telah berjaya dilaksanakan sempena Kempen Kesedaran Penggunaan Antibiotik Peringkat Hospital USM dibawah anjuran Unit Kawalan Jangkitan dan Epidemiologi Hospital (UKJEH) dengan kerjasama Team Antimicrobial Stewardship Program (ASP) dan Unit Pembangunan Korporat (UPK).

AKTIVITI 3.0

Webinar yang dihadiri seramai 57 orang peserta mendapat sambutan yang baik daripada staf USM dan luar USM untuk menimba ilmu pengetahuan berkaitan Penggunaan Antibotik yang semakin berleluasa.

Dengan di pengerusikan oleh Dr. Fauziah Ismail Pegawai Perubatan UKJEH, tepat Jam 8.45 pagi webinar dimulakan dengan bacaan doa oleh Ketua Jururawat UKJEH bagi memberkati dan memudahkan sepanjang perjalanan webinar berlangsung. Seramai 6 penceramah yang amat hebat dan berpengalaman telah dijemput untuk berkongsi dan menyampaikan ilmu berkaitan penggunaan antibiotik. Diantaranya adalah:

1. Prof. Madya Dr. Siti Suraiya Md Noor – Ketua Unit UKJEH
2. Prof. Dr. Habshah Hasan – Pakar Mikrobiologist Hospital USM
3. Prof. Dr. Zakuan Zainy Deris - Ketua Jabatan Mikrobiologi Hospital USM
4. Dr. Alwi Mohd Besari - Pakar Penyakit Berjangkit, Hospital USM
5. Puan Noor Shufiza Ibrahim - Pegawai Farmasi Hospital USM
6. Sr. Nor Reah Mustafa – Ketua Jururawat UKJEH

AKTIVITI 3.1

AKTIVITI 3.2

Webinar ini berlansung secara atas talian melalui aplikasi WebEx Cisco memandangkan situasi semasa yang masih tidak menentu untuk mengadakan kursus atau latihan secara bersemuka dalam kuatiti peserta yang ramai. Ini juga dapat mengelakkan berlakunya perlanggaran SOP dan rebakan jangkitan COVID-19.

AKTIVITI 3.3

AKTIVITI 3.5

AKTIVITI 3.6

Terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua pihak termasuk pengurusan, AJK dan staf yang terlibat dalam menjayakan Webinar ini. Harapan semoga webinar seperti ini akan dijalankan lagi demi berkongsi dan menyebarkan ilmu pengetahuan berkaitan Kawalan Jangkitan.

Teks: Fauzi Idris  

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 594

TEKNIK YANG BETUL UJIAN KENDIRI COVID-19 PENTING UNTUK KEPUTUSAN YANG TEPAT

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 2 Mac 2022 - "Kepentingan teknik yang betul semasa melakukan ujian kendiri COVID-19 amat penting bagi memastikan keputusan yang tepat", demikian kata Ketua Unit, Unit Kawalan Jangkitan dan Epidemiologi Hospital (UKJEH), Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr. Siti Suraiya Md Noor. 

AKTIVITI 2.0

Menurut Siti Suraiya, terdapat 124 jenis kit ujian kendiri yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dijual di pasaran dan fungsinya berbeza antara setiap kit ujian. 

"Saya suka mengingatkan kepada semua khususnya mereka yang membeli kit ujian secara dalam talian (online) atau mana-mana premis jualan selain dari farmasi, mereka perlu pastikan dengan membeli kit yang diluluskan sahaja. 

"Apabila membuat pembelian, pastikan kit ujian yang dibeli menggunapakai sampel yang mana, sama ada sapuan nasofaring (nasopharyngeal swab), sapuan hidung (nasal swab), sapuan bukal (buccal swab) atau air liur (saliva) kerana langkah-langkah ujian bagi setiap kit adalah berbeza-beza," katanya ketika memyampaikan ceramah dalam program 'Town Hall' : Isu Semasa COVID-19 Hospital USM menerusi platform webex hari ini. 

Siti Suraiya berkata, prinsip ujian RTK Antigen ini adalah untuk mengenalpasti viral protein kepada virus COVID-19.  

"Sebelum melakukan ujian kendiri, kita hanya boleh minum air kosong sahaja dan tidak boleh merokok, makan atau sekadar mengunyah makanan kerana dikhuatiri ada protein-protein tertentu dalam makanan yang boleh mengganggu antigen yang akan diuji. 

"Sebaik-baiknya ikuti setiap arahan yang terdapat pada kotak kit ujian kerana kecuaian mengikuti arahan seperti tidak menepati masa ujian atau sampel yang tidak mencukupi boleh menjejaskan keputusan ujian dan setiap keputusan yang diperolehi perlu diambil kira dalam tempoh tertentu sahaja. 

"Jika keluar dua (2) garisan, ianya dikira positif walaupun salah satu hanya kelihatan samar-samar sahaja, keluar satu garisan, keputusan dikira negatif dan jika tiada sebarang garisan, keputusan adalah 'invalid' dan ujian perlu diulangi," jelasnya lagi. 

Tambah Siti Suraiya, pengendalian sisa klinikal yang telah digunakan juga perlu diberi perhatian kerana kit yang telah digunakan perlu dimasukkan ke dalam plastik yang dibekalkan tidak kira sama ada keputusan tersebut positif atau negatif kerana kedua-duanya boleh memberikan risiko kepada orang lain khususnya pekerja pembersihan. 

"Bersihkan tempat ujian dibuat contohnya meja atau apa sahaja peralatan lain yang digunakan semasa ujian kendiri dilakukan," katanya lagi. 

AKTIVITI 2.1

Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid
Infografik: Mohd Asrar Mohd Rokeman

 

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 131

INFO COVID-19: ASAS KAWALAN INFEKSI "PEMERKASAAN NORMA BAHARU DALAM MENGHADAPI ERA ENDEMIK"

30 MAC 2022 - Program anjuran Unit Kawalan Jangkitan dan Epidemiologi Hospital atau dikenali sebagai UKJEH telah mengadakan Bicara INFO COVID-19: Asas Kawalan Infeksi “Pemerkasaan Norma Baharu dalam Menghadapi Era Endemik” secara maya melalui aplikasi WebEx Cisco khusus kepada pekerja kesihatan dan umumnya kepada orang awam. Program webinar selama 3 jam yang bermula pada jam 10.00 hingga jam 1.00 petang  ini menampilkan panel-panel yang berpengalaman iaitu Prof. Madya Dr. Siti Suraiya Md Noor yang merupakan Ketua Unit di UKJEH, Dr. Fauziah Ismail dan Ketua Jururawat UKJEH Nor Reah Mustafa yang sangat berpengalaman dalam mengendalikan kes-kes penyakit berjangkit.

POSTER CNE ASAS KAWALAN INFEKSI 01

Program ini juga diserikan lagi dengan kehadiran wakil Syarikat Nur Jaya Medic Sdn. Bhd. Iaitu En. Ramlan Ibrahim dalam menyampaikan penerangan yang jelas berkaitan alat dan bahan yang digunakan dalam melakukan pencucian di mana-mana tempat seperti pejabat, hospital dan dirumah. Dalam menghadapi era pandemik ini, pencucian amatlah penting untuk memastikan virus dapat dihapuskan dan rantaian infeksi dapat diputuskan.

AKTIVITI 1.2

Program yang Berjaya menarik perhatian lebih 150 peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat ini diadakan bertujuan untuk memberi info dan berkongsi tips kepada semua masyarakat berkaitan keadaan semasa dimana kehadiran era endemik COVID-19 semakin dirasai dan perlu dihadapi bermula 1 April ini.

Prof. Madya Siti Suraiya menegaskan “pemakaian pelitup muka di tempat-tempat awam masih wajib dipatuhi oleh setiap individu. Hand hygiene, hand hygiene dan hand hygiene wajib dijadikan amalan setiap orang tidak kira dimana dan apa yang kita lakukan.”

AKTIVITI 1.3

Pihak UKJEH juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang memberi sokongan sepanjang program berlangsung dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program webinar kali ini. Tidak dilupakan juga kepada Syarikat Nur Jaya Medic Sdn. Bhd. Kerana sudi menaja santapan tengah hari kepada semua peserta yang terlibat. Semoga tips dam ilmu yang dikongsikan dalam program ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta dan semoga berjumpa lagi dalam program-program lain yang akan datang.

Teks & Infografik: UKJEH

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 80