Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

INFO COVID-19: ASAS KAWALAN INFEKSI "PEMERKASAAN NORMA BAHARU DALAM MENGHADAPI ERA ENDEMIK"

30 MAC 2022 - Program anjuran Unit Kawalan Jangkitan dan Epidemiologi Hospital atau dikenali sebagai UKJEH telah mengadakan Bicara INFO COVID-19: Asas Kawalan Infeksi “Pemerkasaan Norma Baharu dalam Menghadapi Era Endemik” secara maya melalui aplikasi WebEx Cisco khusus kepada pekerja kesihatan dan umumnya kepada orang awam. Program webinar selama 3 jam yang bermula pada jam 10.00 hingga jam 1.00 petang  ini menampilkan panel-panel yang berpengalaman iaitu Prof. Madya Dr. Siti Suraiya Md Noor yang merupakan Ketua Unit di UKJEH, Dr. Fauziah Ismail dan Ketua Jururawat UKJEH Nor Reah Mustafa yang sangat berpengalaman dalam mengendalikan kes-kes penyakit berjangkit.

POSTER CNE ASAS KAWALAN INFEKSI 01

Program ini juga diserikan lagi dengan kehadiran wakil Syarikat Nur Jaya Medic Sdn. Bhd. Iaitu En. Ramlan Ibrahim dalam menyampaikan penerangan yang jelas berkaitan alat dan bahan yang digunakan dalam melakukan pencucian di mana-mana tempat seperti pejabat, hospital dan dirumah. Dalam menghadapi era pandemik ini, pencucian amatlah penting untuk memastikan virus dapat dihapuskan dan rantaian infeksi dapat diputuskan.

AKTIVITI 1.2

Program yang Berjaya menarik perhatian lebih 150 peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat ini diadakan bertujuan untuk memberi info dan berkongsi tips kepada semua masyarakat berkaitan keadaan semasa dimana kehadiran era endemik COVID-19 semakin dirasai dan perlu dihadapi bermula 1 April ini.

Prof. Madya Siti Suraiya menegaskan “pemakaian pelitup muka di tempat-tempat awam masih wajib dipatuhi oleh setiap individu. Hand hygiene, hand hygiene dan hand hygiene wajib dijadikan amalan setiap orang tidak kira dimana dan apa yang kita lakukan.”

AKTIVITI 1.3

Pihak UKJEH juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang memberi sokongan sepanjang program berlangsung dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program webinar kali ini. Tidak dilupakan juga kepada Syarikat Nur Jaya Medic Sdn. Bhd. Kerana sudi menaja santapan tengah hari kepada semua peserta yang terlibat. Semoga tips dam ilmu yang dikongsikan dalam program ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta dan semoga berjumpa lagi dalam program-program lain yang akan datang.

Teks & Infografik: UKJEH

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 80