20 Januari 2019, Khamis. Satu taklimat anjuran Unit Audiologi & Patologi Pertuturan, Hospital USM dengan kerjasama dari Unit Pembangunan Korporat, USM telah diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan ORL. Objektif utama program ini diadakan adalah bertujuan untuk memperjelaskan kaedah pembelian dan juga permohonan bantuan alat melalui MIDU.
Diharap penjelasan yang disampaikan oleh Prof Madya Dato’ Ab Rahman Izani b Ghani @ Ab Ghani pada hari ini dapat melancarkan lagi proses pembelian alat terutama di Klinik Audiologi dan Patologi Pertuturan.
Gambar 1. Antara jemputan bagi Taklimat MIDU
Gambar 2. Sesi perbincangan dengan Midu
Gambar 3. Bersama Prof Madya Dato’ Ab Rahman Izani b Ghani @ Ab Ghani
Kang Rong Chen, anak kelima kepada pasangan Kang Chin Tiong, 35 dan Tan Lian Chern, 34, telah diumumkan sebagai pengguna implan koklea termuda di Asia Tenggara semasa Majlis Pelancaran Kumpulan Sokongan Implan Koklea Universiti Sains Malaysia (USM) yang diadakan sempena 'World Hearing Day' pada tahun ini yang dirasmikan oleh Profesor Dato’ Dr. Sukari Halim, Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM.
Setelah ujian pendengaran dilakukan, dan disahkan mempunyai masalah pendengaran yang serius oleh Pegawai Audiologi, adik Kang Rong Chen dirujuk kepada Pakar Hidung, Telinga & Tekak dan Patologi Pertuturan. Hasil perbincangan dari kumpulan Hearing Implant Team (HIT) USM, keputusan mesyuarat mengesahkan keadaan telinga beliau sangat sesuai untuk menerima implan koklea.
Ikuti video temubual bersama ibu bapa adik Kang Rong Chen, Dr. Nik Adilah Nik Othman (Pakar Bedah ORL-HNS), Pn. Nur Syazana Zainudin (Pegawai Audiologi), dan Pn. Wee Phei Phei (Pegawai Terapi Pertuturan) yang menceritakan serba sedikit berkaitan kisah penerima implan koklea termuda di Asia Tenggara ini.
Sila tekan link di bawah bagi mengikuti video temu ramah bersama ibu bapa adik Kang Rong Chen
Pn. Tan Lian Chern berkata, "Untuk ibu bapa yang anaknya mempunyai masalah seperti anak saya, jangan pernah putus asa. Buat yang terbaik untuk anak. Apa orang kata tidak penting"
Perlu ditegaskan bahawa komitmen ibu bapa sangat penting sepanjang proses terapi di samping kepakaran yang seiring dengan teknologi terkini supaya anak yang menerima implan koklea dapat mendengar dan bercakap seperti kanak-kanak normal yang lain.
Gambarajah 1. Antara tetamu dan peserta sempena Pelancaran Kumpulan Sokongan Implan Koklea
13 Januari 2019, AHAD. Seramai 30 orang Pelajar Sarjana Muda Psikologi UIAM bersama seorang pensyarah pengiring mengadakan lawatan sambil belajar ke Klinik Audiologi dan Patologi Pertuturan Hospital USM. Tujuan lawatan ini adalah untuk mendapatkan pendedahan berkaitan Bidang Audiologi dan Bidang Patologi Pertuturan di Hospital USM.
Sepanjang lawatan mereka, kami di Unit Audiologi dan Patologi Pertuturan telah berkongsi maklumat berkaitan bidang Audiologi dan Patologi Pertuturan, ujian klinikal harian yang dilakukan bagi mengenalpasti/mengdiagnos pesakit dengan lebih tepat, merancang terapi yang efektif bagi setiap pesakit serta bagaimana untuk menangani pesakit kurang upaya (OKU) serta keluarga mereka. Selain itu, Pegawai kami juga berkongsi cabaran yang pernah kami hadapi sepanjang merawat pesakit serta perkongsian berkaitan teknik habilitasi dan rehabilitasi kepada pesakit.
Selain daripada ujian harian yang dijalankan, kami di Hospital USM mengamalkan sistem multidisciplinary team dimana kami akan merujuk pesakit kepada pakar dari jabatan lain yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi oleh pesakit tersebut. Sebagai contoh, klinik kami sentiasa bekerjasama dengan Pakar dari Jabatan ORL, PSY dan Paediatrik.
Pendedahan berkaitan Fisiologi Pendengaran dan Pertuturan ini adalah secara tidak langsung dapat membuka minda pelajar-pelajar supaya dapat mengaitkan apa yang mereka belajar dengan situasi sebenar di alam pekerjaaan. Lawatan sebegini sangat digalakkan bagi tujuan pendedahan kerjaya, rawatan yang terdapat di Hospital serta mengeratkan hubungan diantara Universiti secara amnya.
Pasukan ini terdiri daripada Pakar ORL-HNS, Pakar Penelanan, Pakar Gastrologi, Terapis Pertuturan-Bahasa, Radiographer, dan juga Dietitian. Pasukan ini terbentuk sejak dari tahun 2015 dan masih bergiat aktif sehingga kini dalam perawatan pesakit-pesakit bermasalah suara dan juga penelanan khususnya.
Sehingga kini, klinik gabungan ini telah menambahbaik kemudahan perawatan untuk masalah suara dan penelanan kepada pesakit dan juga terbukti perawatan secara berkumpulan (teamwork) lebih bermakna kepada pesakit.