Sambutan Hari Pendengaran Sedunia 2024
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menganggarkan bahawa menjelang tahun 2050, hampir 2.5 bilion populasi dunia akan mengalami masalah pendengaran dan sekurang-kurangnya 700 juta daripada mereka memerlukan rehabilitasi. Kegagalan tindakan awal akan memberi kesan terhadap status kewangan individu tersebut kerana kesukaran mereka dalam berkomunikasi, pendidikan dan pekerjaan.
Seiring dengan Hari Pendengaran Sedunia 2024 yang disambut pada 3 Mac setiap tahun, Kampus Kesihatan USM akan menganjurkan sambutan ini dengan bertemakan "Penjagaan Telinga Dan Pendengaran Untuk Semua".
Pelbagai aktiviti akan diadakan seperti ceramah, ujian saringan pendengaran dan konsultasi alat bantu pendengaran. Bersama-sama kami memeriahkan Sambutan Hari Pendengaran Sedunia 2024 di Kampus Kesihatan USM.
- Created on .
- Last updated on .
- Hits: 156