SARINGAN PENDENGARAN DI EXCEL GENIUS SPECIAL SCHOOL
15.03.2023, Rabu. Kesinambungan kepada sambutan hari pendengaran sedunia, bagi memberi kesedaran kepada orang awam, satu sesi ceramah bersama ibu bapa dan program saringan pendengaran telah diadakan di Excel Genius Special School, Kajang. Ceramah yang bertajuk ”Engaging Deaf and Hard of Hearing Primary Schoolers in Effective Learning” disampaikan oleh Dr. Mohd Fadzil Nor Rashid kepada ibu bapa.
Manakala, saringan pendengaran dilakukan kepada semua pelajar Excel Genius dan mereka yang didapati mempunyai masalah pendengaran akan dirujuk ke hospital terdekat bagi ujian lanjut dan rawatan susulan.
- Created on .
- Last updated on .
- Hits: 45