Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

IMPLAN KOKLEA TERMUDA DI ASIA TENGGARA

KOTA BHARU- 19 MAC 2019

Kang Rong Chen, anak kelima kepada pasangan Kang Chin Tiong, 35 dan Tan Lian Chern, 34, telah diumumkan sebagai pengguna implan koklea termuda di Asia Tenggara semasa Majlis Pelancaran Kumpulan Sokongan Implan Koklea Universiti Sains Malaysia (USM) yang diadakan sempena 'World Hearing Day' pada tahun ini yang dirasmikan oleh Profesor Dato’ Dr. Sukari Halim, Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM.

Setelah ujian pendengaran dilakukan, dan disahkan mempunyai masalah pendengaran yang serius oleh Pegawai Audiologi, adik Kang Rong Chen dirujuk kepada Pakar Hidung, Telinga & Tekak dan Patologi Pertuturan. Hasil perbincangan dari kumpulan Hearing Implant Team (HIT) USM, keputusan mesyuarat mengesahkan keadaan telinga beliau sangat sesuai untuk menerima implan koklea.

Ikuti video temubual bersama ibu bapa adik Kang Rong Chen, Dr. Nik Adilah Nik Othman (Pakar Bedah ORL-HNS), Pn. Nur Syazana Zainudin (Pegawai Audiologi), dan Pn. Wee Phei Phei (Pegawai Terapi Pertuturan) yang menceritakan serba sedikit berkaitan kisah penerima implan koklea termuda di Asia Tenggara ini.

Sila tekan link di bawah bagi mengikuti video temu ramah bersama ibu bapa adik Kang Rong Chen

https://youtu.be/TfYkG5W6UkI

Pn. Tan Lian Chern berkata, "Untuk ibu bapa yang anaknya mempunyai masalah seperti anak saya, jangan pernah putus asa. Buat yang terbaik untuk anak. Apa orang kata tidak penting"

Perlu ditegaskan bahawa komitmen ibu bapa sangat penting sepanjang proses terapi di samping kepakaran yang seiring dengan teknologi terkini supaya anak yang menerima implan koklea dapat mendengar dan bercakap seperti kanak-kanak normal yang lain.

 

 

IMPLAN KOKLEA TERMUDA DI ASIA TENGGARA2019

Gambarajah 1. Antara tetamu dan peserta sempena Pelancaran Kumpulan Sokongan Implan Koklea 

Pautan link berita

  1. https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/03/538327/bayi-telinga-bionik?fbclid=IwAR32bMaqlejDu9X-RQxsxsZnqlfDoT09aEVaOHavlwEp6vIzhzVRgYE3KKw
  2. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/03/431022/bayi-telinga-bionik
  3. https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2019/03/07/bayi-tujuh-bulan-koklea
  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 169