Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

Aktiviti

TAJUK PROGRAM/AKTIVITI

Majlis Solat Hajat & Tahlih Arwah (gemulah Osman bin Jaafar)

TARIKH

05 Januari 2023, jam 11.00 Pagi

TEMPAT/MASA

Bilik Melipat, Bangunan Perkhidmatan Dobi Hospital USM

RINGKASAN PROGRAM/AKTIVITI

Permulaan 2023 buat Perkhidmatan Dobi dilangkahi dengan khabar duka kehilangan seorang warga kerja dan sahabat dikasihi, Osman Jaafar. Beliau meninggal dunia di Hospital USM pada 3 Januari 2023, jam 12.35 tengahari. Arwah memulakan perkhidmatan di Hospital USM pada 15 Oktober 1991 dan telah meninggalkan seorang balu, Hasmah binti Junoh beserta empat orang cahayamata.

Perkhidmatan Dobi telah mengadakan majlis tahlil ringkas bagi mengingati pemergian arwah disusuli dengan majlis solat hajat bagi memohon keberkatan dan kerahmatan Allah s.w.t sebagai pembuka tirai tahun 2023. Majlis diserikan dengan kehadiran Ustaz Mohd Syakir bin Mat Yusoff dari Pusat Islam Kampus Kesihatan serta wakil dari UPKA iaitu En. Azharuddin Abdul Aziz, Penolong Pendaftar Kanan Hospital USM. Perkhidmatan Dobi dengan semangat tahun baharu 2023 berharap agar segala perancangan yang direncanakan pada tahun ini berjalan dengan lancar melalui sokongan serta komitmen seluruh staf disamping pihak pengurusan yang terlibat demi memastikan misi dan visi Hospital USM tercapai.

GAMBAR SEPANJANG PROGRAM/AKTIVITI (sekurangnya 5@6 keping)

                      

 

TAJUK PROGRAM/AKTIVITI

Pemeriksaan Linen di Wad/Klinik Hospital USM

TARIKH

10 Januari 2023, jam 10.00 pagi – 12.30 tengahari.

TEMPAT/MASA

Wad 4 Selatan, 2 Topaz, 2 Intan & 2 Delima

RINGKASAN PROGRAM/AKTIVITI

Perkhidmatan Dobi Hospital USM telah melaksanakan pemeriksaan rutin dalam aspek pengurusan linen ke wad-wad/klinik yang menggunakan linen Hospital USM. Pemeriksaan bertujuan memantapkan pengurusan inventori linen di setiap wad, klinik dan pusat perkhidmatan yang menggunapakai linen dibekalkan oleh Perkhidmatan Dobi, Unit Pentadbiran & Kemudahan Am Hospital USM. 

Skop pemeriksaan linen iaitu segala barangan tekstil yang boleh digunakan semula yang memerlukan pembersihan serta pembasmian kuman melalui pemprosesan pencucian Dobi termasuk :-

1.            Cadar (bedsheet)

2.            Selimut (blanket)

3.            Sarung bantal (pillowcase)

4.            Alas cadar (draw sheet)

5.            Pakaian pesakit

6.            Pakaian kakitangan

7.            Lain-lain yang berkaitan dengan klinikal termasuklah linen UPAS

Pemeriksaan dijalankan oleh En. Ahmad Afifi Ismail, Pn. Suzana binti Ismail dan En. Muhammad Faeze bin Hassan dibantu En. Nik Mohammad Amirul Asyraf.

GAMBAR SEPANJANG PROGRAM/AKTIVITI (sekurangnya 5@6 keping)

 

TAJUK PROGRAM/AKTIVITI

Sesi Uji Terima & Pentauliahan “Washer Extractor Double Door” bagi basuhan linen penyakit berjangkit.

TARIKH

11 Januari 2023, jam 12.00 Tengahari

TEMPAT/MASA

Bilik Basuhan Linen Penyakit Berjangkit, Bangunan Perkhidmatan Dobi Hospital USM

RINGKASAN PROGRAM/AKTIVITI

Perkhidmatan Dobi Hospital USM telah diluluskan bagi perolehan sebuah mesin basuh ‘Washer Extractor Double Door’ bagi tujuan basuhan linen penyakit berjangkit. Kemasukan mesin ini memberikan makna besar buat staf-staf Perkhidmatan Dobi kerana proses dan prosedur basuhan bagi linen penyakit berjangkit dapat diasingkan dan dilaksanakan secara berasingan sepenuhnya dari linen biasa, sekaligus mengurangkan risiko terjadinya jangkitan silang.

Pihak pembekal berjaya melaksanakan pemasangan dan pengoperasian mesin tanpa masalah besar dan ianya dapat digunakan sebaik sahaja pemasangan dilakukan. Mesin ini dibekalkan dengan ciri dua pintu bagi tujuan pengasingan kemasukan linen kotor dan linen bersih. Ianya juga direka bagi memastikan linen yang berada di dalam “alginate bag” terlerai sewaktu proses basuhan dijalankan. Latihan pengoperasian juga turut dilaksanakan oleh pembekal kepada 8 orang staf Perkhidmatan Dobi sebagaimana tertera di dalam kontrak. Sesi Latihan secara maya juga dilaksanakan bagi memastikan pengoperasian mesin secara selamat dan efektif.

GAMBAR SEPANJANG PROGRAM/AKTIVITI (sekurangnya 5@6 keping)

                      

TAJUK PROGRAM/AKTIVITI

Majlis Ramah Mesra Pengurusan & Staf Perkhidmatan Dobi

TARIKH

6 Februari 2023, Jam 11.30 Pagi Hingga 12.45 Tghari.

TEMPAT/MASA

Bilik Melipat, Bangunan Perkhidmatan Dobi Hospital USM

RINGKASAN PROGRAM/AKTIVITI

Sesi perjumpaan ini merupakan acara berkala yang diadakan bagi mewujudkan hubungan secara langsung di antara Pengurusan Pentadbiran Hospital USM dan staf-staf Perkhidmatan Dobi. Ianya juga menjadi medium yang menggambarkan interpretasi dan pengharapan di antara kedua pihak.

Majlis ini bermula dengan ucapan dari Tuan Haji Mohd Saberi Mohd Yusoff yang memberikan ucapan kata-kata semangat untuk melakukan kerja rutin harian beserta dengan Puan Norashikin Aziz yang juga memberi taklimat kepada staf-staf Bahagian Perkhidmatan Dobi. Akhir majlis semua yang hadir menikmati hidangan yang disediakan oleh staf-staf Perkhidmatan Dobi.

GAMBAR SEPANJANG PROGRAM/AKTIVITI (sekurangnya 5@6 keping)

    dobi1  dobi2           

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 204