Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

PENGENALAN

Unit Perubatan Transfusi mula beroperasi pada 01 Ogos 1983 dengan menyediakan perkhidmatan diagnostik, terapeutik, penyelidikan, dan pembelajaran. Sebelum ini dikenali dengan nama Unit Tabung Darah, ia secara rasmi telah ditukar nama kepada Unit Perubatan Transfusi bermula pada 01 Jun 2003.

 

Unit ini mula beroperasi sepenuhnya pada 16 Januari 1984 dengan kakitangan seramai 13 orang yang diketuai oleh seorang Pegawai Perubatan. Pada 22 Januari 1984, Makmal Tabung Darah mula menawarkan ujian-ujian yang bersangkutan dengan penggunaan darah kepada pesakit dan menghasilkan komponen darah untuk kegunaan transfusi. Selaras dengan perkembangan dalam bidang transfusi, unit ini bukan sahaja berfungsi membekalkan darah, malah turut memberikan khidmat terapeutik.

 

Selaras dengan objektif universiti untuk menjadikan USM sebagai pusat rujukan dan penyelidikan pakar dari dalam dan luar negara, unit ini juga sentiasa menilai dan membentuk perkhidmatan-perkhidmatan baru yang berkaitan dengan bidang perubatan transfusi.   

LOKASI

Unit Perubatan Transfusi Hospital USM terletak di aras bawah Blok 218 iaitu di antara Makmal Pemonitoran Drug Terapeutik dan Makmal Endokrin serta berhampiran Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Aset USM.

MISI & VISI

MISI

Jabatan Hematologi dan Unit Perubatan Transfusi Bertekad mencapai misi untuk memberi keutamaan kepada Kecemerlangan dalam Perkhidmatan Pemindahan Darah, Ujian Diagnostik dan Komited kepada Pendidikan dan Semua Aktiviti Penyebaran Ilmu kepada Pelajar.

VISI

Sentiasa Memantap dan Mempertingkatkan Kualiti semua Perkhidmatan yang diberikan kepada Pesakit, Pelajar, Penderma Darah dan Masyarakat.

WAKTU PERKHIDMATAN

Unit Perubatan Transfusi menyediakan perkhidmatan 24 jam mengikut pembahagian masa seperti berikut:

 

Waktu Pejabat

Ahad - Rabu

8.10 pagi – 5.10 petang

Khamis

8.10 pagi – 3.40 petang

Jadual 1: Waktu pejabat

  

Waktu Luar Pejabat (Makmal)

Ahad - Rabu

5.10 petang – 8.10 pagi

Khamis

3.40 petang – 8.10 pagi

Jumaat, Sabtu & Hari Kelepasan Am

24 jam

Jadual 2: Waktu luar pejabat

 

UNIT PERUBATAN TRANSFUSI

PENAFIAN

Unit Perubatan Transfusi tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini

HEBAHAN
BERITA & AKTIVITI

Berita 4

Berita 1

Berita 2