
BERITA UTAMA
KOTA BHARU, KELANTAN, 17 Januari 2021 - Kesihatan psikososial adalah komponen penting untuk pembentukan kendiri yang positif dan mampu berfungsi secara baik dalam kelangsungan hidup serta perhubungan sosial. Sokongan psikososial membantu individu dan keluarga mangsa untuk menyembuhkan keadaan psikologi yang rapuh serta membina semula struktur sosial dalam persekitaran mangsa setelah menjadi mangsa jenayah dan penting untuk membantu mangsa mengelak menjadi...
USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 31 Disember 2020 – Dua jururawat Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) bakal dihantar untuk bertugas sebagai sukarelawan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), MAEPS Serdang di bawah pengawasan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Noor Zaimah Daud, 37, dari Wad Eksekutif USAINS dan Siti Nor Hidayu Zakaria, 28, dari Wad 1 Intan (Surgikal HDU) akan...
USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 27 Disember 2020 – Seramai 150 orang pesakit asnaf Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) menerima sumbangan zakat daripada Yayasan UEM bagi meringankan beban kos sara hidup akibat terkesan dengan pandemik COVID-19. Menurut Timbalan Pengarah Klinikal Hospital USM, Dr Nik Min Ahmad, sumbangan ini merupakan salah satu objektif Hospital USM yang sentiasa mengambil berat tentang pesakit terutama...
KOTA BHARU, KELANTAN, 27 Disember 2020 - Kecemasan adalah satu keadaan yang berlaku secara tiba-tiba, di mana sahaja dan akan memberi kesan buruk kepada sesiapa yang mengalaminya. Menurut Pensyarah Program Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Khairilmizal Samsudin, berdasarkan kajian di Malaysia, sebanyak 27% isi rumah berbincang dengan keluarga ketika melakukan tindakan semasa...
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 9 Disember 2020 – ‘Kelantan Palliative Care Conference’ merupakan platform terbaik untuk perkongsian ilmu pengetahuan dalam kalangan profesional dan petugas kesihatan berkenaan perkembangan dan penemuan terkini dalam bidang rawatan paliatif. Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Dr Ahmad Sukari Halim berkata, perkembangan ilmu perubatan bergerak amat pantas, seiring dengan perkembangan teknologi dan...
KOTA BHARU, KELANTAN, 3 Disember 2020 - Kanser usus merupakan kanser kedua terbanyak selepas kanser payudara di Malaysia. Di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), hampir 50 kes kanser usus dirawat setiap bulan. Menurut Penyelaras Onkologi Klinikal, Jabatan Nuklear, Radioterapi dan Onkologi, Hospital USM, Dr Wan Mohd Nazri Wan Zainon, usus adalah satu sistem pencernaan terdiri daripada beberapa gabungan organ yang...
USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 3 Disember 2020 – Seorang Pengurus Rumah Kebajikan memilih untuk melahirkan bayi ketiganya di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) walaupun saat itu negara digemparkan dengan penularan berita mengatakan Bilik Bersalin dan Dewan Bedah Hospital USM ditutup ekoran jangkitan wabak COVID-19. Nurul Wahida Harun, 35, bagaimanapun tidak terpengaruh dengan berita yang tersebar dan kekal memilih untuk bersalin...
KOTA BHARU, KELANTAN, 12 November 2020 - Bencana adalah satu kejadian yang berlaku secara tiba-tiba dan boleh menganggu-gugat perjalanan kehidupan kita. Menurut Pensyarah Kanan, Jabatan Perubatan Kecemasan, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Mohd Shaharudin Shah Che Hamzah, secara amnya rakyat Malaysia memang terbiasa dengan bencana seperti banjir dan tanah runtuh. “Bencana pada dasarnya telah mengalami...
USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 2 November 2020 - 'The Unsung Hero' atau wira tak didendang. Itu gelaran yang paling sesuai diberikan kepada pekerja pembersihan termasuk warga kerja di Bahagian Perkhidmatan Dobi (BPD), Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) apabila berdepan dengan wabak koronavirus. Bukan mudah untuk mereka berada dalam situasi getir, namun demi amanah yang dipikul dan tanggungjawab yang perlu dilunaskan,...
KOTA BHARU, KELANTAN, 31 Oktober 2020 - Universiti Sains Malaysia (USM) mencatat sejarah apabila layak ke perlawanan akhir seterusnya dinobatkan sebagai Naib Juara dengan agregat 1-2 selepas tewas kepada pasukan Kesedar Gua Musang dalam aksi Kejohanan Bola Sepak Antara Agensi Kerajaan Peringkat Negeri Kelantan 2020 (BAK20) di Stadium Sultan Mohammad ke-IV hari ini. Kejohanan yang disertai oleh 15 pasukan dari...
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 28 Oktober 2020 – Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) buat kali pertama setelah 25 tahun berkhidmat menzahirkan rasa syukur dan gembira tatkala diberi anugerah itu walaupun telah bersara pada bulan Mei yang lalu. Beliau yang juga mantan Timbalan Pengarah Pusat Islam Kampus Kesihatan, Ustaz Mohd Suhaimi Mustafa telah memulakan khidmat pada tahun 1995 di Pejabat Hal Ehwal...
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 28 Oktober 2020 - Seramai 169 orang warga staf Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) dan Pejabat Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM diraikan sempena Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Anugerah Khidmat Sanjungan Budi (AKSB) hari ini. Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dato’ Dr Ahmad Sukari Halim hadir menyampaikan anugerah berkenaan pada majlis yang berlangsung di Dewan Utama...
USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 25 Oktober 2020 – Saat disahkan menghidap kanser payudara pastinya memberi tamparan hebat buat kaum wanita, apatah lagi jika terpaksa menjalani mastektomi atau pembedahan membuang payudara. Kebanyakan wanita menyamakan kehilangan payudara seperti kehilangan nikmat menjadi ibu, seksualiti dan estetika malah menganggapnya sebagai hilang mahkota kedua kaum hawa selain turut hilang daya tarikan, kesuburan, kewanitaan serta keperibadian...
KOTA BHARU, KELANTAN, 22 Oktober 2020 - Senyuman yang menawan tidak lengkap tanpa gigi yang cantik, bersih dan teratur. Sayangnya, tidak semua orang memiliki gigi sempurna dan senyuman manis dengan barisan gigi cantik merupakan antara kunci keyakinan seseorang. Menurut Pakar Perunding Kanan Ortodontik, Klinik Pakar Pergigian Ortodontik, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Rozita Hassan, bagi individu yang mempunyai gigi...
USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 8 Oktober 2020 – ‘World Sight Day’ atau Hari Penglihatan Sedunia merupakan acara tahunan yang diadakan bagi memberi kesedaran global terhadap masalah kebutaan dan kurang daya penglihatan. Program ‘National Cataract Camp’ bersempena dengan ‘World Sight Day 2020’ merupakan satu program khidmat masyarakat berasaskan ‘Hospital-based Community Project’ bertujuan membawa masyarakat ke Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) bagi...
USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 6 Oktober 2020 – Bulan Oktober merupakan bulan kesedaran kanser payudara yang disambut di serata dunia pada setiap tahun. Kanser payudara merupakan kanser dan ketumbuhan tertua di dunia yang juga merupakan barah paling meluas serta pembunuh nombor satu dalam kalangan wanita. Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) tidak ketinggalan mengadakan Kempen Kesedaran Kanser Payudara bertujuan untuk menyampaikan...
USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 3 Oktober 2020 – Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan satu-satunya hospital awam yang menyediakan kemudahan mesin Ultrasound 3D atau lebih dikenali sebagai ultrasound berisipadu 'volumetric breast ultrasound' (VBS) yang merupakan teknologi paling mutakhir di Malaysia kini. Pengarah Hospital USM, Profesor Dato’ Dr Ahmad Sukari Halim berkata, VBS adalah peralatan berteknologi moden terkini dalam melakukan diagnosis...
KOTA BHARU, KELANTAN, 1 Oktober 2020 – Pelitup muka menjadi kemestian bagi semua orang yang berada di tempat awam pada masa kini memandangkan virus COVID-19 belum berakhir sepenuhnya. Pada asasnya, pelitup muka digunakan dalam situasi tertentu seperti ketika udara tercemar, berjerebu atau penularan penyakit berjangkit. Dalam situasi seperti hari ini, pelitup muka digunakan bagi menapis titisan halus yang keluar semasa...
USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 28 September 2020 - Sejak memulakan operasi pada 8 September yang lalu, Perkhidmatan Rehabilitasi Robotik Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) telah menerima seramai 14 hingga 18 orang pesakit. Menurut Penyelaras Unit Pembangunan Korporat Hospital USM, Profesor Dato' Dr Abdul Rahman Izaini Ghani @ Ab Ghani, sebelum menjalani rawatan, penilaian ke atas pesakit akan dilakukan oleh pakar...
USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 28 September 2020 - Bermula dengan Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai pada 30 Ogos 2019, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) terus berganding bagi memastikan Perkhidmatan Rehabilitasi Robotik di Hospital USM menjadi kenyataan. Naib Canselor USM, Profesor Dr Faisal Rafiq Mahamd Adikan dalam ucapan perasmiannya berkata, pemilihan Hospital USM sebagai salah satu hub...
USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 21 September 2020 –“Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) merintis pelaksanaan sistem pengurusan berkualiti dengan mensasarkan tonggak keselamatan untuk semua iaitu pesakit, staf dan keselamatan pesekitaran supaya Hospital USM sentiasa kondusif untuk memberi rawatan terbaik kepada pesakit”, demikian kata Timbalan Pengarah Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Adam Husein. Beliau berkata, Hospital USM telah lama terkenal sebagai Hospital...
USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 21 September 2020 - Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) memperoleh Sijil Pengesahan Halal Malaysia daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk tempoh dua tahun bermula 16 Ogos 2020 hingga 15 Ogos 2022. Ketua Unit Pemakanan dan Dietetik (UPD), Hospital USM, Wan Rimei Salha Wan Abdul Rani berkata, pengesahan itu memberi jaminan kepada pengguna muslim bahawa makanan...
KOTA BHARU, KELANTAN, 17 September 2020 – Amputasi bermaksud pemotongan sebahagian daripada anggota badan sama ada dengan kaedah perubatan atau disebabkan oleh kemalangan. Jenis–jenis amputasi anggota bawah termasuklah disartikulasi sendi pinggul, hemipelvectomy, amputasi atas lutut, amputasi bawah lutut, disartikulasi sendi pergelangan kaki (symes) dan amputasi kaki (chopart). Pegawai Perubatan, Unit Perubatan Pemulihan, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Anis Afikah...
USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 10 September 2020 - Universiti Sains Malaysia (USM) melebarkan sayap dengan menawarkan 20 perkhidmatan pakar pergigian di Poliklinik Pergigian Eksekutif (PPE) yang dikendalikan oleh Usains Tech Services Sdn Bhd (UTS ) dan telah mula beroperasi sepenuhnya pada Januari 2020. Pengerusi Lembaga Gabenor USM, Dato’ Dr Awang Adek Hussin berkata, PPE adalah klinik yang paling tepat untuk...
KOTA BHARU, KELANTAN, 6 September 2020 – Gigi merupakan salah satu anggota badan yang paling penting bagi manusia dan sekiranya gigi sakit, sukar bagi seseorang untuk makan, bercakap mahupun melakukan apa-apa aktiviti. Kemalangan jalan raya, jatuh basikal dan bersukan adalah penyebab utama kecederaan mulut dalam kalangan kanak-kanak. Selain luka serta pendarahan pada bibir, gigi dan gusi juga sering mengalami kecederaan....
USM KAMPUS KESIHATAN USM, 31 Ogos 2020 - Seramai 28 bayi merdeka dilahirkan di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) di sini ketika negara menyambut Hari Kebangsaan ke-63, hari ini. Lebih menyentuh hati, perjuangan para ibu melahirkan bayi merdeka pada kali ini tanpa ditemani suami tercinta disebabkan negara masih lagi bergelut dengan pandemik COVID -19. Daripada jumlah itu, 15 adalah bayi...
USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 13 Ogos 2020 - Tidak dinafikan lagi bahawa penyusuan badan merupakan antara cara yang paling efektif untuk memastikan kesihatan dan perkembangan bayi malah menyusu anak dengan susu badan bukan hanya seruan kerajaan, namun ianya merupakan tuntutan dalam agama Islam. Tahun 2020 merupakan tahun ke-28 Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia disambut dengan tema ‘Sokong Penyusuan Susu...
USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 9 Ogos 2020 – Unit Rawatan Kebakaran, Universiti Sains Malaysia (USM) memperkenalkan sebuah filem pendek animasi 3D sempena kempen ‘Burn and Blast Injury Awareness’ menerusi platform media sosial Facebook, Instagram dan Youtube. Video pendek berdurasi 1 minit 17 saat itu dilancarkan pada bulan Mei lalu bertujuan memberi kesedaran ekoran Hospital USM sering menerima kes kecederaan luka...
USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 9 Ogos 2020 – Kesunyian dan kedinginan malam ditambah dengan bunyi-bunyian apatah lagi bertemankan sekujur tubuh yang tidak bernyawa, pastinya bisa meremangkan bulu roma sesiapa sahaja yang berada di dalam situasi tersebut. ‘Alah bisa tegal biasa’ ungkapan yang sinonim bagi menzahirkan apa yang dilalui oleh Azizi Shafii, 55, kerana semua itu asam garam sepanjang bertugas di...
KOTA BHARU, KELANTAN, 6 Ogos 2020 - Kosmetik merangkumi pelbagai produk yang digunakan untuk merawat dan mengubah wajah atau badan termasuk penjagaan kulit dan diri. Terdapat tiga klasifikasi kosmetik iaitu barang bilas seperti sabun dan krim muka, barang-barang yang ditinggalkan seperti krim badan dan pelindung matahari serta solekan seperti gincu dan cat kuku. Namun begitu, produk kosmetik melibatkan penjagaan kulit...
USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 6 Ogos 2020 – Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) menerima sumbangan sebanyak RM20,000 daripada Syarikat Grass2route Sdn Bhd dan Edotco Group Sdn Bhd dalam satu Majlis Penyampaian Replika Cek di Dewan Persidangan Kampus, Kampus Kesihatan USM hari ini. Sumbangan tersebut bertujuan untuk mewujudkan satu ruangan terapeutik kanak-kanak di Wad 2 Selatan, Hospital USM. Pengarah Hospital USM,...
KOTA BHARU, KELANTAN, 26 Julai 2020 – Apa jua bentuk senaman yang dilakukan, ia memberi kesan kepada kesihatan tubuh badan. Terdapat pelbagai kaedah untuk menjadikan senaman sebagai aktiviti yang menyeronokkan. Sama ada berlari, mengangkat bebanan di gimnasium, aerobik atau senaman berasaskan seni mempertahankan diri, semuanya dapat membantu menggerakkan otot tubuh dan meningkatkan kecergasan diri malahan mempelbagaikan aktiviti senaman sambil mendengar...
USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 14 Julai 2020 – Seawal jam 6.30 pagi setiap hari sejak 30 tahun lalu, beliau memulakan tugas dengan memotong bahan-bahan untuk menyediakan hidangan bagi pesakit-pesakit di dalam wad. Kini, susuk tubuh itu bukan lagi figura asing di Unit Pemakanan dan Dietetik, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM). Mengimbau kenangan hari pertama beliau melangkah kaki memasuki pagar...
USM KUBANG KERIAN, KELANTAN , 8 Julai 2020 – Berita baik buat rakyat negeri Kelantan, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) terus membantu masyarakat dengan menawarkan perkhidmatan baharu untuk mereka yang menderita sakit lutut iaitu terapi ‘Platelet Rich Plasma’ (PRP). PRP adalah komponen darah mengandungi cecair yang boleh menggalakkan pertumbuhan sel induk (growth factor) dan tergolong dalam ‘regenerative medicine’ atau dengan...
KOTA BHARU, KELANTAN, 7 Julai 2020 – Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) kini menyediakan khidmat ujian saringan atau ‘swab test’ COVID-19 kepada mana-mana agensi, syarikat korporat atau orang perseorangan yang berhasrat untuk mengesan serta mengesahkan sama ada mereka dijangkiti COVID-19 atau sebaliknya. Menurut Penyelaras Klinik Rawatan Keluarga (KRK) dan Klinik Saringan Infeksi (SRI), Jabatan Perubatan Keluarga, Pusat Pengajian Sains Perubatan...
USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 5 Julai 2020 – Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) menerima sumbangan berjumlah RM500,000 daripada Yayasan UEM untuk pembiayaan perubatan pesakit yang memerlukan bantuan. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengarah Urusan UEM Group Berhad yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan UEM, Dato’ Mohd Izani Ghani kepada Pengarah Hospital USM, Profesor Dato’ Dr Ahmad Sukari Halim dalam satu...
USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 23 Jun 2020 – Sebanyak 181 keluarga telah mendapat manfaat menginap di Rumah Ronald McDonald (RRM) atau ‘Ronald McDonald House’, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), demi kelangsungan anak mereka yang menerima rawatan di wad pediatrik Hospital USM sejak ianya mula beroperasi pada 23 Jun 2019. Menurut Pengurus RRM Hospital USM, Nurul Wahida Harun, sejak pembukaan RRM...
KOTA BHARU, KELANTAN, 14 Jun 2020 – Kanser payudara merupakan penyakit yang amat sinonim dengan kaum wanita dan digeruni serta telah dikenalpasti sebagai pembunuh utama wanita. Menurut Pensyarah yang juga Pakar Perunding Patologi (Endokrin & Payudara, Jabatan Patologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Wan Faiziah Wan Abdul Rahman, lebih kurang 1 : 19 wanita mendapat...
KUBANG KERIAN, KELANTAN, 11 Jun 2020 – Universiti Sains Malaysia (USM) mengambil inisiatif menguruskan sisa biologi seberat 115 kilogram secara patuh syariah dengan menanamnya di Tanah Perkuburan Demit, di sini hari ini. Menurut Ketua Unit Pematuhan dan Pengurusan Risiko Hospital USM, Ustazah Amira Abd Sattar @ Ismail, proses ini dilaksanakan selepas mendapat kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan pandangan...
USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 9 Jun 2020 – Persatuan Alumni Doktor Universiti Sains Malaysia (PADU) mengambil inisiatif menyampaikan sumbangan alat sokongan pernafasan atau ‘Nasal High Flow System’ kepada Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) untuk merawat pesakit COVID-19 dan pesakit yang mengalami jangkitan pernafasan akut yang teruk (SARI). Alat sokongan pernafasan tersebut telah diserahkan kepada Ketua Jabatan Anestesiologi, Profesor Madya Dr...