Kelayakan untuk menerima sumbangan

Mereka yang layak menerima bantuan daripada Tabung Kebajikan Pesakit Hospital USM adalah individu yang telah dikenalpasti dan didapati tidak berkemampuan, miskin dan daif.

Proses penilaian tahap sosioekonomi dilakukan oleh staf Unit Kebajikan Perubatan Hospital USM melalui beberapa cara seperti temubual, lawatan ke rumah dan sebagainya sebelum satu-satu kes dipertimbangkan untuk dibawa ke jawatankuasa Tabung Kebajikan Pesakit Hospital USM.