Apakah Tabung Kebajikan Pesakit

Tabung Kebajikan Pesakit Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) adalah sebuah tabung yang ditubuhkan untuk membantu pesakit-pesakit miskin atau tidak berkemampuan ketika mendapatkan rawatan di Hospital USM.

Ia juga bertujuan untuk memberi peluang kepada orang perseorangan dan syarikat menghulurkan derma kepada golongan yang memerlukan. Hasilnya golongan miskin atau daif berpeluang menjalani rawatan yangb sempurna seperti golongan lain yang berkemampuan. Secara tidak langsung ini memberi motivasi kepada mereka untuk terus mendapat rawatan dan tidak merasa diri diketepikan.

Siapakah yang layak menerima bantuan?

Mereka yang layak menerima bantuan daripada Tabung Kebajikan Pesakit Hospital USM adalah individu yang telah dikenalpasti dan didapati tidak berkemampuan, miskin dan daif. Proses penilaian tahap sosioekonomi dilakukan oleh staf Unit Kebajikan Perubatan Hospital USM melalui beberapa cara seperti temubual, lawatan ke rumah dan sebagainya sebelum satu-satu kes dipertimbangkan untuk dibawa ke jawatankuasa Tabung Kebajikan Pesakit Hospital USM.

Faedah yang diterima oleh penderma

Setiap penderma akan memperolehi :

  • Surat iringan terima kasih
  • Sijil Penghargaan
  • Pengecualian cukai pendapatan (ruj. LHDN 01/35/42/51/179-6.44.09)

Bagi penderma individu yang menderma RM 5,000 ke atas akan diabadikan nama di atas plak.

Bagi syarikat yang menderma RM 50,000 ke atas akan diabadikan nama syarikat di atas plak.

Bagaimana anda boleh menderma?

Bagi memberi kemudahan kepada penderma, Tabung Kebajikan Pesakit Hospital USM menyediakan beberapa kaedah untuk menyumbang.

POTONGAN GAJI

Penderma boleh membuat potongan gaji untuk menyumbang

Pemberian secara tunai atau cek

Pihak kami menerima sumbangan secara tunai atau cek di kaunter pejabat Unit Kebajikan Perubatan Hospital USM

Sumbangan Dalam Talian

Penderma boleh membuat sumbangan secara dalam talian yang lebih mudah dan pantas