PERKHIDMATAN TAMBAH NILAI FARMASI (VALUE ADDED SERVICES, VAS)

Perkhidmatan Tambah Nilai Farmasi adalah perkhidmatan inovatif yang disediakan untuk  pesakit bagi kemudahan mereka mendapatkan ubat susulan. Ia melibatkan aktiviti pendispensan ubat bagi pesakit dengan preskripsi jangka panjang bagi bekalan ubat susulan dan semasa mereka.

 Antara Perkhidmatan Tambah Nilai Farmasi yang diperkenalkan pihak farmasi adalah:

1.Telefon/ Whatsapp dan Ambil
 
Sistem Temujanji ini merupakan satu alternatif kepada sistem pendispensan di mana pesakit boleh menggunakan medium seperti telefon dan Whatsapp untuk memaklumkan tarikh temujanji kepada pihak farmasi bagi mendapatkan bekalan ubat susulan mereka.

Dengan menggunakan perkhidmatan ini, ubat-ubatan pesakit akan disediakan sekurang-kurangnya beberapa hari sebelum tarikh ambil ubat susulan. Oleh itu, pesakit tidak perlu menunggu lama bagi mendapatkan ubat mereka seterusnya menjimatkan masa menunggu dan mengurangkan kesesakan di ruang menunggu farmasi terutama di waktu puncak (peak time).
 
2.Serah kad/Slip Ubat dan Ambil
 
Sistem serahan kad atau slip ubat ini merupakan satu alternatif kepada sistem pendispensan di mana pesakit boleh menggunakan medium kad temujanji. Kad temujanji atau slip ubat diserahkan sehari sebelum di premis bagi mendapatkan bekalan ubat semasa atau susulan mereka tanpa perlu menunggu.
 
3. Pos Ubat Anda
 
Satu perkhidmatan penghantaran bekalan ubat susulan pesakit ke destinasi pilihan pesakit di seluruh Malaysia dengan caj penghantaran yang minima melalui Pos Laju Malaysia.
 
4. Hantar Ubat Anda Melalui Aplikasi Telefon Pintar (BungkusIT/Grab/MyCar/Maxim)
 
Satu perkhidmatan penghantaran bekalan ubat susulan pesakit ke destinasi pilihan pesakit di sesetengah kawasan di Kelantan melalui penghantar (runner) aplikasi telefon pintar mengikut kadar caj penghantaran yang ditetapkan. 
 
Makluman :Semua perkhidmatan ini ditawarkan kepada pesakit yang mematuhi kriteria yang ditetapkan oleh pihak farmasi. Semua pesanan yang diterima sebelum jam 1.00 tengah hari sahaja yang akan diproses.
 
Hubungi kami di talian : 
 
Talian tetap : 09 767  3000 ext 3393/ 95 /96
 
Whatsapp : 0 111 5353 001 (www.wasap.my/601115353001)
 
Pendaftaran secara dalam talian di pautan berikut: https://bit.ly/2XDTXXA

Hubungi Kami

Sebarang pertanyaan mengenai ubatan?

Hubungi kami:

Unit Farmasi Pesakit Luar

09 767 3393/3395/3396

Unit Farmasi Klinikal dan Maklumat Drug

09 767 3384/3386