Pengenalan BKS

BADAN KEBAJIKAN SOSIAL
JABATAN FARMASI
(BKS)

  

Badan Kebajikan Sosial (BKS), Jabatan Farmasi telah ditubuhkan pada Ogos 2010.

 

TUJUAN PENUBUHAN & MOTTO BKS

TUJUAN :

      Adalah untuk mengurus kebajikan staf dan aktiviti supaya berjalan dengan lancar selaras dengan konsep Rahmah dan Mawaddah

MOTTO :

Warga Bahagia Perkhidmatan Cemerlang.

 

KEAHLIAN

  1. Terbuka kepada semua staf tetap Jabatan Farmasi, HUSM.
  2. Keahlian adalah secara automatik.

 

YURAN DAN BAYARAN LAIN

Tidak dikenakan sebarang yuran. Sumber kewangan diperoleh dari potongan elaun keraian Pegawai Farmasi UF44-UF54, sumbangan secara sukarela staf Jabatan Farmasi dan penjanaan kewangan.

EXCO

Jawatankuasa yang dinamakan Exco BKS yang terdiri daripada:

  1. Pengerusi 
  2. Bendahari 
  3. Setiausaha Kehormat 
  4. Sepuluh (10) orang ahli jawatankuasa Biro yang dilantik iaitu :
LAPAN (8) BIRO YANG DILANTIK :
 
1-    Biro Keusahawanan
       Mengawalselia dan mengurus aktiviti perniagaan.
 
2-    Biro Sukan 
       Menganjurkan pertandingan sukan dalaman dan luaran contoh boling,karom, dart, catur,              congkak dsb.
 
3-    Biro Rekreasi 
       Menganjurkan lawatan dalam atau pun luar negara.
 
4-    Biro Kebudayaan 
       Menganjurkan acara-acara yang bersesuaian untuk majlis-majlis seperti persaraan dan      
       jamuan tahunan Jabatan Farmasi.
 
5-    Biro Hospitaliti 
       -    Membuat laporan jika ada sebarang kematian, masuk wad, bencana alam yang  
            berlaku di kalangan staf Jabatan Farmasi.
       -    Melantik ahli jawatankuasa kecil sebagai wakil setiap unit bagi memudahkan urusan dan
            mengelakkan keciciran maklumat.
       -    Sebaiknya setiap kali ingin menziarah, hendaklah mengurus dan memaklumkan kepada
            pengerusi dan Ketua Jabatan supaya   beliau boleh turut serta.
 
6-    Biro Majlis dan Keraian 
       Mengenalpasti majlis dan keraian yang akan dianjurkan oleh Jabatan Farmasi.
 
7-    Biro Sumbangan dan Penghargaan 
  -    Sumbangan dan Penghargaan adalah merangkumi perkara-perkara berikut :
  •    Kematian ahli
  •    Kematian suami/isteri *
  •    Kematian ibu/bapa/anak (sila sertakan sijil kematian)
  •    Perkahwinan ahli *
  •    Mendapat anak/termasuk anak angkat berdaftar  (sila sertakan sijil kelahiran anak) *
  •    Anak ke IPTA/IPTS peringkat Diploma/Ijazah     (sila sertakan surat tawaran) **
  •    Bencana alam seperti kebakaran/ribut/gempabumi yang membawa                         kerugian besar (tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa)
·   
8-    Biro Bantuan Kewangan 
       Membuat perancangan untuk memberikan pinjaman dan bantuan persekolahan kepada ahli-
       ahli yang memerlukan.
 
PENASIHAT
Ketua Pegawai Farmasi dilantik sebagai penasihat BKS.
 

Hubungi Kami

Sebarang pertanyaan mengenai ubatan?

Hubungi kami:

Unit Farmasi Pesakit Luar

09 767 3393/3395/3396

Unit Farmasi Klinikal dan Maklumat Drug

09 767 3384/3386