Pengenalan

banner

LATAR BELAKANG

Hari Keselamatan Pesakit Sedunia – telah mula diraikan pada setiap 17 September bermula tahun 2019 melalui resolusi oleh Majlis Kesihatan Sedunia mengenai "Tindakan global terhadap keselamatan pesakit".

Objektif Hari Keselamatan Pesakit Sedunia adalah untuk meningkatkan pemahaman global mengenai keselamatan pesakit, meningkatkan penglibatan orang ramai dalam keselamatan perawatan kesihatan, dan mempromosikan tindakan secara global untuk mencegah dan mengurangkan bahaya yang dapat dielakkan dalam perawatan kesihatan. Setiap tahun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia akan mengetengahkan tema baharu dalam bidang keselamatan pesakit di mana tindakan diperlukan untuk mengurangkan bahaya yang dapat dihindari dalam perawatan kesihatan.

Hari Keselamatan Pesakit Sedunia bagi tahun 2020 memberi focus kepada keselamatan pekerja kesihatan. Pandemik COVID-19 memberikan banyak cabaran dan risiko yang terpaksa dihadapi oleh pekerja kesihatan di seluruh dunia termasuk jangkitan berkaitan kesihatan, keganasan, stigma, gangguan psikologi dan emosi, penyakit dan juga kematian. Disamping itu, bekerja di dalam persekitaran yang tertekan menjadikan pekerja kesihatan lebih terdedah kepada kesalahan yang boleh menyebabkan bahaya kepada pesakit.
Sektor penjagaan kesihatan di seluruh dunia menerima tekanan yang luar biasa dalam menghadapi pandemik COVID ini. Ramai pengamal perubatan yang turut terkorban akibat daripada COVID-19, manakala masyarakat pula menaruh harapan yang tinggi keberkesanan sistem penjagaan kesihatan dalam menangani pandemik ini. Oleh itu sistem penjagaan kesihatan hendaklah memastikan semua pekerja kesihatan adalah sihat, selamat, kompeten dan bermotivasi untuk pemberian perawatan yang selamat kepada pesakit.

TEMA
Keselamatan Pekerja Kesihatan: Keutamaan untuk Keselamatan Pesakit

SLOGAN
Pekerja kesihatan yang selamat, pesakit yang selamat

OBJEKTIF
1. Meningkatkan kesedaran global mengenai pentingnya keselamatan pekerja kesihatan dan kaitannya dengan keselamatan pesakit.
2. Melibatkan pelbagai pihak berkepentingan dan menerapkan strategi multimodal untuk meningkatkan keselamatan pekerja kesihatan dan pesakit.
3. Melaksanakan tindakan mendesak dan berkelanjutan oleh semua pihak berkepentingan yang terlibat untuk melabur dalam keselamatan pekerja kesihatan, sebagai keutamaan untuk keselamatan pesakit.
4. Memberi pengiktirafan yang sewajarnya terhadap dedikasi dan kerja keras pekerja kesihatan, terutama di dalam perjuangan melawan COVID-19.

MESEJ UTAMA
Bersuara untuk keselamatan pekerja kesihatan!

MATLAMAT HARI KESELAMATAN PESAKIT SEDUNIA 2020

1. Mencegah kecederaan akibat daripada peralatan tajam ( prevent sharp injuries)
2. Kurangkan tekanan yang berkaitan dengan kerja dan keletihan
3. Meningkatkan penggunaan peralatan pelindung diri (PPE)
4. Menggalakkan toleransi sifar keganasan terhadap pekerja kesihatan.
5. Melaporkan dan membuat analisis kejadian berkaitan dengan keselamatan yang serius