Pengenalan

patientsafety
 
Hospital Universiti Sains Malaysia komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua pesakit. Bagi memastikan aktiviti perawatan klinikal yang selamat, berkesan, berpusatkan pesakit, tepat pada masanya, cekap dan saksama, pihak pengurusan telah mengambil inisiatif melaksanakan Program Keselamatan Pesakit Hospital USM. Program ini selari dengan halatuju Hospital USM yang sedang dalam proses penstrukturan semula bagi menghadapi cabaran dan perubahan semasa, sama ada di peringkat global mahupun domestik. Ianya mengambil kira keperluan berikut:
  1. Pelan Strategik Hospital USM
  2. Keperluan Revolusi Perindustrian Keempat
  3. Pencapaian dalam WHO Programme Sustainable Development Goals (SDG)