Pelaksanaan

Pelaksanaan inisiatif ini terbahagi kepada 3 komponen iaitu:
 
Pembangunan Kompetensi
Program keselamatan pesakit Hospital USM dirancang dengan aktiviti untuk meningkatkan kompetensi (ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap) untuk mencapai IPSG sekaligus mengelak daripada adverse event. Pembangunan kompetensi ini melibatkan individu, kumpulan dan profesional.
Pembangunan kompetensi diadakan melalui :
  • Program Townhall
  • Bengkel
  • Roadshow secara berkala di setiap wad, klinik dan unit yang berkaitan pesakit
Pengurusan Proses Program Keselamatan Pesakit
Pengurusan proses bermaksud :
  • Menjajarkan proses perawatan pesakit selari dengan matlamat strategik Hospital USM ke arah penjagaan kesihatan berpusatkan pesakit dan menjadi asas kepada penyampaian nilai.
  • Merekabentuk dan melaksanakan kerangka proses.
  • Mewujudkan sistem pengukuran proses yang selaras dengan matlamat Hospital USM.
  • Melatih kakitangan Hospital USM agar kompeten menguruskan proses dengan berkesan.
Pengurusan Sumber Berkaitan Keselamatan Pesakit
Pengurusan Sumber adalah penting untuk memastikan sumber digunakan secara optimum.(Sila rujuk Jadual 3) 
Sumber yang paling utama adalah :
  1. Pengetahuan
  • Memastikan staf USM dilengkapi dengan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan penjagaan keselamatan pesakit.
  1. Proses Kerja
  • Memastikan pengurusan proses kerja yang jelas, terurus dan optimum mengikut keperluan pesakit.
  1. Sumber-sumber lain
  • Membentuk struktur organisasi yang kompeten
    • Jawatankuasa Khas – Medical & Dental Advisory Committee
    • Pasukan Petugas
    • Sentinel Event Committee