Latarbelakang
Peningkatan kualiti penjagaan kesihatan dan keselamatan pesakit bermula dengan mengenalpasti punca-punca kesilapan yang sering berlaku. Kesedaran mengenai limitasi tenaga manusia dan kepincangan sistem yang boleh membawa kepada berlakunya adverse event haruslah dipupuk dalam kalangan kakitangan.
Adverse event adalah kesilapan yang boleh berlaku pada bila bila masa dan sesiapa sahaja walaupun daripada organisasi atau kakitangan kesihatan yang berpengalaman dan terbaik. Cabaran yang paling penting dalam penjagaan kesihatan adalah untuk mencegah limitasi ini daripada memberi kesan buruk kepada pesakit dan pengamal perubatan.
Program Keselamatan Pesakit Hospital USM mengaplikasi salah satu piawaian yang ditetapkan oleh Joint Commission International Accreditation Standards for Hospital iaitu Matlamat Keselamatan Pesakit Antarabangsa ( International Patient Safety Goals –IPSG).
IPSG adalah pencegahan punca-punca utama kepada peristiwa yang tidak diingini (adverse event) dan telah terbukti meningkatkan keselamatan pesakit di seluruh dunia. Matlamat Keselamatan Pesakit Antarabangsa (IPSG) terdiri daripada :
Kajian menunjukkan pelaksanaan IPSG ini telah meningkatkan keselamatan pesakit, meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan dan mengurangkan kejadian adverse event. Walaubagaimanapun untuk mencapai ke semua IPSG, kerjasama dan penglibatan semua pihak di Hospital USM adalah sangat diperlukan.