7. PROSES PELAPORAN INSIDEN KESELAMATAN PESAKIT
- Sebarang kejadian /insiden keselamatan pesakit hendaklah dilaporkan dengan segera menggunakan Borang Patient Safety Incident Reporting Form dan direkodkan di dalam rekod perubatan pesakit serta dimaklumkan kepada Ketua Jabatan / Penyelia dengan segera.
- Staf hendaklah mengambil langkah-langkah segera bagi membantu pesakit yang terlibat dan mengenalpasti komplikasi insiden/kemalangan tersebut terhadap pesakit.
- Staf dan Ketua Jabatan / Penyelia hendaklah melakukan siasatan awal, dan mengambil langkah-langkah pencegahan awal bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang lagi.
- Setiap insiden yang dilaporkan akan melalui proses penyiasatan dan analisa punca akar oleh Jawatankuasa Keselamatan Pesakit bagi mengenalpasti punca akar dan mengenalpasti cara untuk mengelak kejadian yang sama berulang lagi.
- Ia berteraskan penambahbaikan sistem secara menyeluruh dan tidak mencari salah individu tertentu.
- Tiga elemen penting yang mesti diamalkan oleh semua staf adalah lapor, bertindakbalas dan berkongsi insiden yang terjadi agar semua boleh belajar dari kesilapan dan mengelak daripada kejadian yang sama berulang lagi
- Statistik insiden / kemalangan yang berlaku hendaklah dipantau dari masa ke semasa agar tindakan yang sewajarnya di ambil oleh pihak pengurusan dan keselamatan pesakit terjaga.