6. MENGURANGKAN RISIKO BAHAYA TERHADAP PESAKIT AKIBAT DARIPADA JATUH
- Semua pesakit yang dimasukkan ke Hospital USM hendaklah disaring menggunakan Morse Fall Scale bagi mengenalpasti faktor-faktor pesakit dan rawatan yang boleh menyumbangkan kepada insiden pesakit jatuh.
- Staf kesihatan hendaklah berupaya mengenalpasti faktor-faktor persekitaran yang menyumbangkan kepada insiden pesakit jatuh dan mengambil langkah-langkah intervensi awal untuk mencegah kejadian pesakit jatuh seperti memakaikan pesakit band tangan merah untuk kes berisiko tinggi, membuat pemantauan yang kerap dan prihatin dengan pergerakan pesakit.
- Semua staf hendaklah mengamalkan Catch a Falling Star Program bagi pesakit yang berisiko tinggi untuk jatuh.
- Staf kesihatan hendaklah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya jika berlaku insiden pesakit jatuh, seperti segera membuat pemeriksaan ke atas pesakit, membuat rujukan kepada pegawai perubatan dan membuat laporan insiden.