5. MENGURANGKAN RISIKO JANGKITAN BERKAITAN PENJAGAAN KESIHATAN
- Semua staf kesihatan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung hendaklah mengamalkan kebersihan tangan sepanjang masa samaada secara mencuci dengan sabun antiseptic atau menggunakan hand sanitizer/ rub.
- Amalan kebersihan tangan sangat penting dalam mengurangkan dan mengawal jangkitan silang di dalam persekitaran penjagaan kesihatan.
- Kebersihan tangan wajib dilakukan dalam 5 situasi iaitu :
- Sebelum menyentuh pesakit
- Sebelum prosedur aseptic
- Selepas risiko pendedahan cecair badan pesakit
- Selepas bersentuhan dengan pesakit
- Selepas bersentuhan dengan persekitaran pesakit
- Semua staf kesihatan hendaklah mengamalkan 7 langkah pencucian tangan menggunakan sabun atau hand sanitizer yang disarankan.
- Langkah-langkah pencucian tangan dengan sabun
PROCESS HAND WASH
AKTIVITI 1 Persediaan sebelum hand wash
Task 1.1 Tanggalkan aksesori di tangan seperti jam dan barang kemas
Task 1.2 Lipat lengan baju sehingga pertengahan lengan
AKTIVITI 2 Tekan surgical foam
Task 2.1 Basahkan tangan dengan air
Task 2.2 Tekan surgical foam ke tapak tangan sehingga sabun mencukupi
AKTIVITI 3 Gosok telapak tangan
Task 3.1 Rapatkan kedua telapak tangan yang penuh surgical foam
Task 3.2 Gosokkan antara kedua-dua telapak tangan
AKTIVITI 4 Mencuci celah tangan
Task 4.1 Buka semua jari tangan
Task 4.2 Lekapkan dan gosok jari-jari antara telapak tangan kiri dan kanan dengan jari berselang-seli
AKTIVITI 5 Cuci bahagian belakang tapak tangan
Task 5.1 Letakkan telapak tangan kanan di atas belakang tangan kiri dengan jari berselang-seli
Task 5.2 Gosokkan
Task 5.3 Letakkan telapak tangan kiri di atas belakang tangan kanan dengan jari berselang-seli
Task 5.4 Gosokkan
AKTIVITI 6 Cuci bahagian lipatan kulit belakang tangan
Task 6.1 Letakkan telapak tangan kiri di atas belakang tangan kanan yang mencengkam
Task 6.2 Gosokkan
Task 6.3 Letakkan telapak tangan kanan di atas belakang tangan kiri yang mencengkam dan gosokkan
AKTIVITI 7 Cuci ibujari
Task 7.1 Gosok sekeliling ibu jari kanan dalam genggaman telapak tangan kiri secara memutar
Task 7.2 Gosok sekeliling ibu jari kiri dalam genggaman telapak tangan kanan secara memutar
AKTIVITI 8 Cuci bahagian kuku jari
Task 8.1 Kuncupkan/rapatkan jari tangan kiri dan gosok memutar, ke hadapan dan ke belakang pada atas telapak tangan kanan
Task 8.2 Kuncupkan/rapatkan jari tangan kanan dan gosok memutar, ke hadapan dan ke belakang pada atas telapak tangan kiri
AKTIVITI 9 Cuci pergelangan tangan
Task 9.1 Gosok pergelangan tangan kiri
Task 9.2 Gosok pergelangan tangan kanan
AKTIVITI 10 Bilas dengan air
Task 10.1 Bilas kedua-dua tangan dengan air
Task 10.2 Keringkan dengan tisu tangan
VI. Langkah-langkah pencucian tangan dengan handrub
PROCESS HAND RUB
AKTIVITI 1 Persediaan sebelum handrub
Task 1.1 Tanggalkan jam dan barang kemas di tangan
Task 1.2 Sinsing lenggan baju sehingga pertengahan lengan
AKTIVITI 2 Tekan pemacu handrub (5-10ml) atau secukupnya
Task 2.1 Letakkan tapak tangan ke pemacu botol cecair handrub, elak letakkan hujung jari
Task 2.2 Tekan pemacu handrub sekali atau sehingga cecair mencukupi di telapak tangan
AKTIVITI 3 Cuci bahagian kuku jari
Task 3.1 Kuncupkan/rapatkan jari tangan kiri dan gosok memutar, ke hadapan dan ke belakang pada atas telapak tangan
Task 3.2 Kuncupkan/rapatkan jari tangan kanan dan gosok memutar, ke hadapan dan ke belakang pada atas telapak tangan kiri
AKTIVITI 4 Gosok tapak tangan
Task 4.1 Rapatkan kedua belah tangan dan jari yang mengandungi cecair handrub
Task 4.2 Gosok kedua-dua telapak tangan
AKTIVITI 5 Mencuci celah tangan
Task 5.1 Buka semua jari tangan
Task 5.2 Gosok jari-jari antara telapak tangan kiri dan kanan dengan jari berselang-seli
AKTIVITI 6 Cuci bahagian belakang tapak tangan
Task 6.1 Letakkan telapak tangan kanan di atas belakang tangan kiri dengan jari berselang-seli
Task 6.2 Gosokkan
Task 6.3 Letakkan telapak tangan kiri di atas belakang tangan kanan dengan jari berselang-seli
Task 6.4 Gosokkan
AKTIVITI 7 Cuci bahagian lipatan kulit belakang tangan
Task 7.1 Letakkan telapak tangan kiri di atas belakang tangan kanan yang mencengkam
Task 7.2 Gosokkan
Task 7.3 Letakkan telapak tangan kanan di atas belakang tangan kiri yang mencengkam dan gosokkan
AKTIVITI 8 Cuci ibujari
Task 8.1 Gosok sekeliling ibu jari kanan dalam genggaman telapak tangan kirisecara memutar
Task 8.2 Gosok sekeliling ibu jari kiri dalam genggaman telapak tangan kanansecara memutar
AKTIVITI 9 Cuci pergelangan tangan
Task 9.1 Cuci pergelangan tangan kiri
Task 9.2 Cuci pergelangan tangan kanan