4. MEMASTIKAN PEMBEDAHAN YANG SELAMAT

doktorplain

  1. Semua staf yang terlibat dengan prosedur pembedahan hendaklah memastikan penggunaan Senarai Semak Pembedahan setiap kali melakukan pembedahan bagi memastikan keselamatan pesakit dan mencegah kesilapan semasa pembedahan. Ia juga dapat mengurangkan kadar komplikasi dan kematian yang berkaitan dengan rawatan pembedahan.
  2. Tanggungjawab ketua Pasukan Pembedahan menjalankan prosedur untuk mengambil bahagian dan memastikan penggunaan senarai semak ini.
  3. Adalah menjadi tanggungjawab Penyelaras Senarai Semak untuk memastikan bahawa senarai semak dilengkapkan.
  4. Wajib menggunakan senarai semak tanpa mengira keadaan (iaitu elektif atau pembedahan kecemasan).
  5. Senarai Semak Pembedahan Selamat adalah terdiri daripada:
    • Halaman 1: Senarai semak pra-operasi (Pre-operative checklist)
    • Halaman 2: Senarai semak pasukan operasi (Operating team checklist)
    • Halaman 3: Bentuk swab dan jumlah instrument ( Swab and instrument count form )
    • Halaman 4: Pemeriksaan pra-pelepasan ( Pre-discharge check)
  1. Proses pengesahan pesakit sebelum pembedahan :

a. PRE OPERATIVE CHECKLIST

Proses pengesahan pesakit sebelum pembedahan :

(Dilakukan oleh jururawat di wad)

    1. Pengesahan identiti pesakit, prosedur dan anggota/bahagian/tapak pembedahan yang betul.
    2. Menandakan anggota/bahagian/tapak pembedahan
    3. Memastikan semua dokumen yang berkaitan , imej disediakan, dilabel dengan betul dan dipamerkan
    4. Mengesahkan keperluan blood products, peralatan perubatan khas dan /atau implant tersedia

b. PRE TRANSFER CHECK

Dilakukan oleh jururawat wad sebagai persediaan pesakit  sebelum pembedahan dan disemak oleh jururawat reception semasa menerima pesakit di dewan bedah

c. INFORMATION ON OPERATING ROOM/SURGEON/TIME OF SURGERY

Dilakukan  oleh jururawat dewan bedah (circulating nurse) sebelum pembedahan dimulakan.

  1. Proses “Operating team checklist “
  • Digunakan sebelum memulakan pembedahan sehingga tamat pembedahan.
  • Proces menanda checklist ini dilakukan jururawat, Doktor Bedah bertanggungjawab untuk terlibat dalam setiap proses yang di tanda dan memastikan setiap proses disemak dahulu sebelum di tanda, dan memastikan semua ahli pasukan pembedahan terlibat sama.
    • BEFORE INDUCTION OF ANAESTHESIA

SIGN IN -

      • Pemeriksaan peralatan pembiusan dan pesakit dilakukan oleh doktor bius dan jururawat bius sebelum pembedahan.
    • BEFORE SKIN INCISION :

TIME OUT

      • Dilakukan oleh jururawat circulating, doktor bius, doktor bedah, jururawat scrub sebelum incision. Team berkumpul utk memperkenalkan diri dan tugas masing2 kpd pesakit. Ini dilakukan sebelum pesakit di beri ubat bius. 

    • CHECK IN
      • Doktor bedah maklumkan doktor bius dan jururawat scrub untuk bersedia bagi pembedahan bermula. Ini dilakukan setelah pesakit dibius.

 

    • DURING PROSEDUR
      • During prosedur – doktor bedah, doktor bius dan scrub nurse bertanggungjawab memastikan komunikasi yg efektif utk informasi2 penting dan kritikal sepanjang  proses pembedahan

 

    • BEFORE SURGEON LEAVES OPERATING ROOM
      • Doktor bedah perlu memastikan swab and count adalah betul dan tepat sebelum menutup luka pesakit.
      • Doktor bedah maklumkan jururawat circulating bagi memastikan spesimen ditanda dengan betul dan memberitahu sebarang arahan khas  mengenai pesakit selepas pembedahan.

 

    • ISSUES/INCIDENT OCCURRED
      • Diisi oleh jururawat circulating .
      • Semua score checklist diisi oleh circulating Nurse
  1. PROSES UNTUK “SWAB AND INSTRUMENT RECORD”
  • Jururawat circulating dan scrub bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan tidak berlaku “near miss” di mana kehilangan/tertinggal sebarang foreign body (inst, swab, suture) di dalam luka pembedahan dan di dalam sebarang kaviti.
  • Sebarang kehilangan “count” yang dikesan awal semasa penutupan setiap kaviti hendaklah dimaklum kepada semua team terlibat dan xray hendaklah dilakukan bagi mengenalpasti kedudukan foreign body.
  • Semua team yang terlibat hendaklah mematuhi SOP “swab and instrument count” sepenuhnya bagi mengelakkan keselamatan pesakit terancam.
  • Sekiranya pembedahan melibatkan lebih daripada 1 pasukan pembedahan atau 1 kawasan pada pesakit yang sama, setiap 1 mesti mempunyai borang swab count.

 

  1. PRE-DISCHARGE CHECK
  • Senarai semak penjagaan pesakit selepas pembedahan. merangkumi semua aspek penting yang perlu dilakukan ke atas pesakit dan sebarang komplikasi selepas pembedahan dapat dikesan awal seperti ketidakstabilan pesakit, perdarahan dalaman, pendarahan pada luka pembedahan, drainage berfungsi atau tidak, ubatan tahan sakit yg mencukupi dan sebarang arahan khas dari doktor bedah.
  • Pengambilan specimen pesakit, pastikan sebarang sampel yang diambil adalah tepat, pesakit yang betul dan diletak di dalam bekas yang betul, solution preservative yang betul dan tepat bagi memastikan sampel dan diagnosis pesakit tepat
  • Pesakit hanya akan di discaj apabila stabil dan penjagaan pesakit diteruskan di wad berpandukan pada check list yang beri oleh jururawat recovery kepada jururawat wad.