3. MENAMBAHBAIK KESELAMATAN PENGGUNAAN UBAT ‘HIGH ALERT’

adibah plain

 

Objektif

  • Memastikan penggunaan ubat-ubatan adalah secara rasional dan berkualiti serta amalan keselamatan penggunaan ubat-ubatan dilaksanakan.
  • Memastikan pengamal perubatan komited dalam memberi pengubatan yang selamat serta mengurangkan kesilapan pengubatan terutama ubat High Alert yang boleh memudaratkan kesihatan pesakit.

Keselamatan Penggunaan Ubat High Alert

I. Penyimpanan Ubat (Storage)

  • Pelekat ubat High Alert iaitu HIGH ALERT MEDICATION hendaklah dilekatkan pada setiap ampul atau vial dan ditempat penyimpanan ubat.
  • Semua kakitangan hendaklah membaca label ubat-ubat High Alert sebelum membuat penyimpanan untuk memastikan ia disimpan ditempat yang betul
  • Semua ubat High Alert hendaklah disimpan dalam bekas yang berasingan dan sebolehnya cuba elakkan ubat LASA ( Look Alike Sound Alike) berada bersebelahan.
  • Gunakan huruf Tall-man untuk menekankan perbezaan dalam nama ubat pada label tempat penyimpanan.

II. Pesanan Ubat (Prescribing)

  • Pegawai Perubatan hendaklah menulis nama ubat dengan jelas ,mudah dibaca dan menggunakan nama generik beserta dengan maklumat lengkap pesakit
  • Pegawai Perubatan tidak boleh menulis nama ubat dengan menggunakan jenama atau nama singkatan.
  • Pegawai Perubatan hendaklah menulis berat, isipadu dan unit dengan menggunakan sistem metrik.
  • Pegawai Perubatan hendaklah elak penggunaan titik perpuluhan O (trailing zero). Jika diperlukan, bagi angka kurang dari 1, angka 0 hendaklah ditulis sebelum titik perpuluhan. (e.g. 0.5mg)
  • Pesanan ubat secara verbal adalah tidak digalakkan melainkan pada waktu kecemasan. Sekiranya pakar/pegawai perubatan membuat pesanan ubat secara verbal , penerima pesanan hendaklah menulis pesanan tersebut dan membaca semula pesanan yang telah dibuat, pengamal perubatan hendaklah membuat pengesahan pesanan tersebut dan hendaklah membuat pesanan secara bertulis dalam masa 24 jam dalam rekod pesakit.

III. Penyaringan Preskripsi

  • Anggota yang menyaring preskripsi hendaklah memastikan preskripsi adalah jelas dan mudah dibaca. Preskripsi yang tidak jelas hendaklah disemak semula dengan Pegawai Perubatan yang berkenaan.

IV. Penyediaan Ubat

  • Ubat hendaklah diisi dengan betul mengikut preskripsi dan dilabel dengan lengkap dan jelas.
  • Mengadakan aktiviti semak semula untuk setiap pengiraan dos dan penyediaan ubat terutama ubat High Alert.
  • Semua ubat High Alert yang dicairkan hendaklah dilabel dengan nama dan kekuatan dengan segera.

V. Pendispensan Ubat

  • Semua vial atau ampul ubat High Alert yang dibekalkan secara individu kepada wad/unit hendaklah dilabel sebagai “HIGH ALERT MEDICATION” kecuali sediaan parenteral nutrisi.
  • Ubat High Alert yang dibekalkan kepada pesakit tidak perlu dilabel sebagai High Alert Medication.
  • Pengisian dan pendispensan ubat hendaklah dilakukan oleh orang yang berlainan apabila terdapat lebih daripada 2 anggota bekerja pada satu masa.
  • Semua ubat High Alert yang diterima dari farmasi hendaklah disemak semula oleh pihak wad/unit sejurus selepas menerima ubat.

VI. Administrasi

  • Semua maklumat berikut perlu disemak berdasarkan preskripsi sebelum administrasi mengikut:
    1. Nama pesakit dan nombor pendaftaran
    2. Nama dan kekuatan ubat
    3. Dos ubat
    4. Cara dan kadar
    5. Tarikh luput
  • Semak silang pengiraan dos, lokasi injeksi dan kadar infuse (infusion rate) ubat injeksi dengan individu lain sebelum administrasi ubat kepada pesakit.
  • Sebarang perkara yang tidak jelas boleh dirujuk semula kepada pegawai perubatan yang menulis preskripsi atau unit farmasi.

VII. Pemonitoran

  • Semua pesakit yang menerima ubat High alert perlu dipantau sebelum, semasa dan selepas administrasi ubat berkenaan dalam masa 24 jam.