2. MENAMBAHBAIK KOMUNIKASI BERKESAN
Komunikasi Handover
Menggunakan ‘tool’ yang dinamakan ISBAR. ISBAR adalah singkatan kepada ;
I-Identification,
S- Situation,
B-Background,
A-Assessement,
R- Recommendation.
- Memastikan maklumat berkaitan pesakit disampaikan secara sistematik, tepat, lengkap, jelas, mudah difahami, mengurangkan kesilapan dan meningkatkan keselamatan pesakit.
- Dilakukan semasa pertukaran shif, rujukan pesakit, pelaporan pesakit oleh jururawat, pegawai perubatan siswazah, Penolong pegawai perubatan, pegawai perubatan , dan pakar perubatan serta didokumentasikan dalam buku Hand-over/ rekod perubatan pesakit.
Verbal order
- Setiap verbal order oleh pegawai perubatan hendaklah menggunakan kaedah ‘read back’ dan ‘call out’ serta di dokumentasikan dalam catatan kemajuan pesakit oleh Jururawat atau Penolong Pegawai Perubatan yang menerima verbal order tersebut.
- Setiap verbal order oleh pegawai perubatan mestilah disusuli dengan dokumentasi bertulis oleh pegawai perubatan di dalam catatan kemajuan pesakit dalam tempoh 24 jam.
- Komunikasi keputusan makmal yang kritikal
- Setiap keputusan pemeriksaan haruslah dimaklumkan kepada pegawai perubatan. Pegawai Perubatan wajib menandatangani dan cop pada salinan keputusan makmal tersebut. Untuk pemeriksaan ECG dan Xray, keputusan pemeriksaan wajib di dokumentasikan di dalam catatan kemajuan pesakit.
- Keputusan pemeriksaan yang diterima melalui telefon, proses komunikasi wajib di dokumentasikan dalam catatan kemajuan pesakit dan arahan pegawai perubatan direkodkan dengan tatacara seperti ‘verbal order’.
- Komunikasi Semasa Discaj
- Komunikasi yang lengkap untuk pesakit yang discaj harus meliputi butiran seperti berikut :
- Kad temujanji beserta tarikh temujanji
- Dicharge Summary pesakit yang lengkap
- Surat Rujukan ( jika perlu)
- Arahan discaj yang meliputi ubat-ubatan, temujanji akan datang dan tindakan sekiranya keadaan semakin teruk.